Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 7, 2013

Barang antik hubby...

Pernah tengok Pawn Shop kat Astro ?  Hubby aku giler tengok citer nih.  Tak paham aku.  Dia ada satu lagi siri berkaitan... Pawn Shop ni orang jual dan beli barang antik... satu lagi tu mereka pegi redah mana mana tempat dan cari barang antik, aku tak ingat nama siri tu.  Nanti aku ingat, aku hapdet.

Masa naik kereta, hubby cerita hal dia semasa kecil.  Cerita kenakalan, ketabahan dan juga kreatifan budak budak zaman kami.  Zaman sekarang, semua permainan kena beli.  Zaman dulu, semuanya dibuat sendiri.  Dari gasing, layang layang... dan juga senapang atau pistol.

Salah satu barang yang hubby buat dan disimpan sampai sekarang adalah senapang kayu.  Anak anak sangat teruja nak tengok senapang yang abah mereka buat...


Ini la senapang nyer... 
 

Abang dengan  senapang antik abah dia.   Panjang rambut abang...
Note : Adik Mie tak ada masa ni sebab dia tidor dalam keter.  Kalau tidak, dia pun ada gak pegang senapang nih.


Dalam usia macam abang, abah dia buat senapang ni sendiri. 
Senapang ni masih kukuh, cuma getah dan tempat nak letak getah tu tak ada lagi.
Senapang ni digunakan untuk menembak burung... bukan orang... sebab kalau tembak orang, mau menggelupur budak tu.  Senapang panjang gini, getah yang ditarik sangat kuat... dan batu, kertas basah akan sangat laju.  Kalau pistol pendek, boleh la buat tembak orang... pakai buah terung belanda tu.

Semasa aku kecil jugak, aku lihat budak budak lelaki main pistol dan senapang gini.  Mungkin adik adik aku pun ada juga.  Aku ingat ingat lupa.  Tapi biasa juga kalau adik adik aku nak main senapang atau pistol... aku akan tolong buatkan untuk mereka...  begitu juga layang layang.  Sebab tu rasanya aku tahu bagaimana buat pistol dan teknik buat layang layang sampai sekarang.

Cuma sekarang malas... beli jer kat kedai...

Anak anak aku sangat seronok balik kampung.  Bermain dengan budak budak kampung.  Kat rumah kami kat taman, anak anak bermain bersama mereka dan sorang dua anak jiran.  Kat kampung, anak anak boleh menyorok banyak tempat.  Keliling rumah boleh berlari... kat taman... dalam rumah jer boleh menyorok.

Mereka sangat seronok sekarang, sebab kami ada rumah sendiri kat kampung.  Rumah kami kat kampung lebih cantik dari rumah kat Taman. 

Tapi bila balik semula ke Kedah... kakak cakap...

"Rindu betul kakak dengan katil kakak !"

Hahaha...

Apa apa pun... rumah adalah tempat di mana kita tinggal bersama keluarga kita... tak kira kat mana rumah tu...


Oleh kerana dah panjang... kena la potong... Kepala Adik Mie sedang diproses.

Rambut hero hero kena potong dah !

 
Posted by Picasa

2 comments:

  1. saya pun ada pengalaman main tembak2 pakai senapang kayu guna buah terung pipit tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... macam jantan jer kita nih...

      Delete