Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Nak gaji banyak ?

Hari tu aku ada dapat komen dari kawan tentang hal Master untuk jawatan pegawai gred 41.  Katanya, pendaftar biasa tak pandang master utk jawatan pegawai kalau tak ada degree.  Hmmm... Aku tak pasti nak tanya siapa untuk perkara di bawah.  Aku harap, aku dapat peluang untuk naik pangkat guna MASTER nih. Kalau pun tidak pernah dibuat orang, aku harap aku orang yang pertama akan fight untuk pergi interview kalau ada jawatan kosong...

Kalau master aku tak diiktiraf, aku akan pertikaikan... kenapa mereka bukak permohonan master tu kepada pemegang diploma dengan pengalaman kerja ? Errr... ada berani ker nak fight ?


hehehehe... tah hapa hapa... Master tak habis lagi, tapi berangan !

Aku akan cuba buktikan yang aku mampu... Caiyok caiyok !



p/s : Irfa... gaji akak tak ada la banyak sangat !


------------------------------------------------------------------------------

Aku cari dalam website, dapat ini : http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1871


 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
 
Jadual Gaji:
 
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM2,145.88
RM2,254.37
RM2,367.59
RM5,553.48
RM5,861.53
RM6,196.56
RM225.00
 
Syarat Lantikan:
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,145.88 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,353.44 ] atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,664.78 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,976.11 ] dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

4 comments:

  1. banyak dri saya :)
    kdg2 terpk nk sambung belajar lagi
    tp masih berangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... syukur dengan apa yang Allah beri pada kita, kan ?

      Delete
  2. jom sambung belajar..bkn sebab nak gaji banyak, tapi meramaikan ilmuwan Islam.InsyaAllah..:)

    ReplyDelete