Search This Blog

Loading...

Sunday, November 25, 2012

Dia kerap lupa....

Bila suami balik dari outstation...


Suami mahu isteri tersenyum di muka pintu menyambutnya...
Tetapi suami lupa untuk tersenyum bila melihat isteri...

Suami mahu isterinya mencium tangan saat dia sampai ke muka pintu
Tetapi suami lupa mencium kepala isteri...

Suami mahu isteri menyediakan makan / minumnya
Tetapi suami lupa beritahu isteri bila dia sudahpun makan di luar...

Suami mahu isteri memicit badannya yang keletihan
Tetapi suami tidak mahu pun mendengar keluhan isterinya...

Suami mahu isterinya menyambutnya dengan hangat...
Tetapi suami kerap lupa... isteri juga inginkan suami yang benda yang sama....

Kita selalu dengar apa yang perlu kita buat untuk menyambut kepulangan suami yang bekerja keluar bandar.  Tapi, kita tidak pernah dapat benda yang sama bila kita balik dari kerja outstation yang jauh.  Kita balik, kita yang kena bertungkus lumus memasak di dapur, kan ? Dan kita yang terpaksa melayan itu ini, kan ?

Tapi, sekurangnya, kalaulah bila suami balik dari outstation... dan kita sangat menghargainya, membuka pintu untuknya, tersenyum menyambutnya, menyalami tangannya, mengangkat begnya, mencium pipinya tanda rindu, menyediakan makan/minumnya, memicitnya bila dia keletihan... Errr... kalau kita minta sedikit perhatian dari dia... haruskah kita dipersalahkan ?

Bila suatu hari nanti, kita tak menyambutnya dengan hangat... hehehe...

Dia balik, kita masih melangut depan TV, buat buat tidak perasan... dia bawa beg hingga ke bilik.  Dia minta air, kita beritahu air ada kat atas meja... jerit dari depan TV...

Baru dia tahu... yang apa kita buat selama ini adalah sebuah penghargaan dan kasih sayang !

Agaknya....

6 comments:

  1. Saya tak outstation, so, tak tahu ler camana dia akan sambut saya. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak per, tapi pengharapan pada suami yang balik dari outstation pun tinggi kan ? Kalau dapat, bagus la... kalau dia buat tak heran... sedih kan ?

      Delete
  2. Izan

    Zar mmg boring kalau org oata isteri kena buat itu isteri kena buat ini utk suami. Ya sebagai isteri tanggungjawab kita menggembirakan suami dan sebagai isteri jua kita berhak digembirakan oleh suami. Give n take lah kan.. Hehe.

    Zar ni sll outstation.. So bila balik,mmg tak harap apa apa sgt.. Cukuplah seisi rumah sihat, dalam kedaan baik.. Dan zar boleh rehat dgn aman.. Dah berbelas tahun kawin, kita pun saling bertolak ansur kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la... selalunya gitu la, nak give and take and sekali sekala juga nak tunjuk perasaan... hehehe... tapi bila tunjuk perasaan, selalu tensen sendiri... adoiiii....

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. che det kata 'melayu mudah lupa'hehe

    ReplyDelete