Search This Blog

Tuesday, August 25, 2015

Mengemas rumah

Banyak gambar jer sambil bercerita ...
Malas nak buat cerita panjang panjang, bukan ada reader pun... ekekeke...

Buat untuk rujukan sendiri jer...

Ini beli kat kedai pakistan karpet... RM30.00




Sekali dengan yang atas tu... RM30 juga.  Harga asal, katanya RM40 kot.

Sekali aku tanya kawan, dia kata dia beli yang jenis ni satu dan 2 lagi pendek skit (yang harga RM25 masa aku tanya), dia dapat RM50.00 saja !

CIS ! Kata aku pada dia sambil cekek leher dia... hahahaha



Yang ini aku beli RM40... harga pakistan tu letak RM55.

Sekali aku tanya kawan, dia kata harga sekarang RM25 !!!

CIS ! lagi sekal... tapi tak cekek dah sebab kesian kat dia... hahahaha


Aku beli yang besi putih tu, rasanya dalam harga mahal jugak.  Tapi aku ingatkan besi ni mahal.  Rupanya, bila aku beli yang besi merah tu harganya RM39.00 jer !!!

Cis... tertipu plak aku !
Tak apa la... jenis besi lain kot.

Laundry area aku.  Waktu musim ujan gini la... dan waktu tak sempat... jadi banyak gini masa penyangkut tu satu jer.  Last last aku beli lagi satu (yang merah tu) dan beli sangkut bulat tu utk sangkut benda benda kecik... 

Normal dia macam kat atas lagi satu tu la... skit jer baju bersidai.  Tapi kena beli banyak lagi penyangkut baju la.  Lagi satu, nak kena beli lagi banyak tu besi merah tu utk jadi tempat letak baju ganti almari.  Malas dah guna almari... guna ruang dan anak suka teraburkan baju dia...

Aku juga dalam planning nak beli kepit kepit tu utk kepit underware mereka dan stokin.  Proses aku mem'bulat' kan stokin dan underware mereka menyebabkan mereka membukanya semula dan menyepahnya sebelum berjaya mencari apa yang mereka nak.

Nanti beli kepit kepit macam bulat atau entah... nanti fikirkan supaya kemas skit, mereka boleh kemas sendiri barang mereka dan memudahkan mereka mencari dan mengepitnya semula.

Harap harap gitu la !


Ini dalam ni plastik ... aku dapat idea dari Deco deco kat FB.  Kawan aku pun guna gini jugak, tapi bantal tu tergolek tak sangkut.  Aku jer sangkut gini... dah macam tempat nak boxing jer... .ekekeke... 

Kalau tak, plastik sangat serabut dalam drawer... now, dah sumbat dalam ni, senang skit.

Dalam proses nak mengemas drawer dan kabinet !


Pelan pelan kena isihkan barang tak perlu... dan nak kena beli barang baru yang cantik dan tak perlu banyak sangat !


Ini barang aku nak buang... tetapi masih dalam rumah.  Kalau susah nanti, aku mungkin letak jer kat rumah sewa tu.  Suka hati la mereka nak guna macam mana.

Nak bagi kat orang miskin, aku pun tak tau nak bagi macam mana !


Ini dalam bilik aku... meja yang aku buat sendiri... HAHAHA... jadila kan !
Ada dua meja tu... satu rendah dan satu tinggi.  Yang rendah tu utk letak printer !


Ini salah satu kawasan dalam rumah aku... lapang skit sekarang ni.  Dalam plan nak kumpul duit nak beli wing chair dan meja konsol.

Hmmm...

Tabung tak penuh lagi la !

Itu kat ruang tamu tu banyak benda lagi kena buat !  Siling pun tak buat lagi.  Duit pun lom dapat lagi.  Harap ada la rezeki lebih skit !

Duit RM1000 habuan aku dapat CEMERLANG (APC) tu pun ada sedikit berbaki.  Dah beli dah MIXER.  Aku fikir nak beli lagi beberapa barang utk hadiah bagi diri sendiri.

Sedang fikirkan apa yang boleh gembirakan aku...

Barang rumah tu la kot...

Kan ?

Fikir nak beli Cermin.  Harga dalam 300 lebih.  Besar... dan cantik.  Ok la kan ? 

Nanti aku fikirkan lagi !!!

  Selain dari itu aku nak beli benda ini




Sapa nak beli, sila kontek 


Sedang tunggu duit lagi ni.  Kot ada belen dari bajet yang ada, aku rembat la periuk atas tu.  Buat hiasan pun cantik... hahaha...

3 comments:

  1. sama ngan saya, banyak set pinggan mangkuk x tahu nak simpan mana
    nak bagi org pun x tahu nak bg sapa
    yg biasa pakai tak sampai 10 biji pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru kemas satu petak tu jer. Ada banyakkkkk lagi petak kabinet tu... huhuhu...

      Tak tau la bila nak siap !

      Delete
  2. Pinggan mangkuk tu susu elok elok.masukka dlm kotak. Zar bagi rumah anak yatim yg berdekatan. Yg private yg x dapat bantuan kerajaan. Jangan buang.. ada golongan yg memrlukan

    ReplyDelete