Search This Blog

Loading...

Thursday, August 13, 2015

Aku isteri dan ibu yang tidak berleter...

Hmmm...

Kekadang perempuan yang suka berleter, mungkin ada kelebihan.  Orang lelaki suka kot ?

Kalau isteri suka berleter, tentu suami suka diam kan ?

Ianya terjadi sebaliknya bagi aku.

Pada hari Rana hilang, hubby berleter pada aku.  Katanya aku buat tak heran... ajar anak anak buat tak heran dengan apa yang dia suruh buat bla bla bla.... pedih telinga...

Aku cakap kami dah cari sehabis baik dah Rana... tapi belum jumpa lagi.  Tanya orang sekeliling dah.  Semua jawapan tidak positif.

Kami cuba untuk menerima keadaan tu.  Tapi hubby mengamuk ngamuk dan stress.  Kalau dekat, aku yakin, pasti ada barang yang pecah kat rumah kena hempuk.

Kenapa tah dia masih tidak dapat mengawal diri lagi.  Agaknya sampai tua dia macam tu.  Macam ayah dia... huhuhu...

Hubby suruh kerah anak, suruh itu dan ini, dia marah kerana aku tak bersungguh suruh anak bla bla bla.  Setakat mana lagi aku nak suruh ? Aku tak suka melihat muka anak yang susah hati mencari gitu.  Dan aku tak suka juga lihat muka anak kena marah.

"Abang tahu saya tak biasa leter cakap panjang panjang kat anak !"

"Abang nak saya pukul mereka ker ?"

"Abang kan tahu, kalau marah, saya tak berleter... saya akan pukul terus."

Hmmmm...

Gitu la...

Semalam, sib baik Rana dah jumpa.  Kalau tak, harus bila dia balik nanti kami pedih telinga mendengar dia berleter berhari hari entah entah masuk minggu bulan...

Sebab tu aku nak jual jer Rana... bukan sebab tak sayang, tapi tak sanggup kena marah kalau jadi apa apa pada Rana.

Penat tauuu...

Aku tak suka berleter...

Dan aku juga tak suka dileter !!

Camna orang lelaki boleh hidup dengan perempuan yang suka berleter sedangkan dia boleh cari lain ? Huhuhuhu...

Kalau aku ni lelaki, harus hubby aku kena madu dah !

Hahahaha....



No comments:

Post a Comment