Search This Blog

Sunday, August 9, 2015

HP hadiah dari somi...

HP baru... LENOVO A5000

Harga RM470.00

Kelmarin, masa cuti, hubby sedang berkira kira nak beli charger galaxy note.  Bila hubby nak pergi, anak anak tiada di rumah.  Kansel.  Bila malam, aku sebutkan pada abang... mengenai abahnya yang mencari dia utk membeli charger galaxy note tu.  Marah betul abang...

Tak puas hati dia sebab tak cakap pada dia.  Agaknya itu adalah perkara yang bermain dalam fikiran dia dan dia memang nak sangat charger galaxy note tu, menyebabkan dia rasa stress.  Asik marah dan mengamuk dan telungkup tak puas hati... hahahaha.... tau sangat dah sikap dia.

Hari Sabtu, abah diorang hantar ke sekolah pun, pakat pakat budak dua beradik tu (adik dan abang) tak bertegur sapa dengan abah mereka.

Jadi, aku pun pegi la pepagi beli charger tu.  Hubby pun ikut sekali, sebab katanya dia nak beli HP baru.

Kami tengok dalam kedai... hubby terpikat dengan Samsung J7

Harga RM980.00

Bila dia beli HP mahal, aku merungut... sebab dia beli HP mahal... sedangkan... bla bla bla... jadi aku pilih pilih HP yang murah skit.

Aku tunjukkan pada dia...

Terus dia belikan... hehehehe...

Aritu, dia ada belikan S4 pada aku... harga RM800 lebih, tetapi buatan China !  CIS ! Kena tipu. Pakai beberapa hari jer, terus tak boleh caj, pi kedai tu semula, dia kata itu ini bla bla bla... abis sampai beratus juga la utk perbaik HP Cina tu, sampai sudah tak ok... last last... aku bagi jer pada Pak Su.  Padan muka aku.

Tak apa... aku tak kesah... murah atau mahal.  HP Samsung GT-S7560  (Galaxy Trend) yang comel tu selalu hang... kena reset selalu.  Internet pun kekadang tu susah dapat kalau tak kuat... Lagi pun HP tu aku beli utk Kakak .... bila aku dapat S4, kakak amik S4 aku.  Lepas S4 rosak, dah ganti dengan Grand 2.  Now, abah dia beli J7, dia plak ngendeng nak HP abah dia...

Alahai anak !

Aku beli HP baru ini supaya si kecil kecil aku tak gaduh.  Bila abang ada Galaxy Note, si adik Mie akan main komputer.  Jadi, Kak Ya boleh la main HP aku ni...

Kalau nak beli PSP kat dia, PSP hanya games, setakat mana dia nak main games ? Bukan reti sangat dia nak main...

HP ada games dan ada youtube... hehehe...

Kalau adik Mie nak main HP, boleh la main HP abah dia...

Selamat la mereka dari bergaduh.

Itu la rancangan aku...

SAYANGGGG HUBBY KETAT KETAT !!!






2 comments: