Search This Blog

Loading...

Thursday, April 30, 2015

Menyemai cabai cabai...

Aku mulakan projek semai pokok cabai ni pada awal bulan Feb 2015.  Ada tiga jenis cabai aku semai... beli cabai kat market Changlun jer... hehehehe...  Cabai besar, cabai bulat, cabai kecik...

Aku ambil bijinya, dan semai... dengan anak anak...


Ada yang aku semai dalam telur...

Ada dalam bekas telur..

Bila telah ada 4 daunnya, aku pindahkan dalam polibeg, dan letak bawah net nih...

Naiknya sangat tinggi dan kurang berbuah... jadinya aku letak kat luar.  Mulanya seksa pokok yang biasa sejuk tetiba kena jemur.  Aku juga mula dapat petua utk buang pucuknya supaya dia bercabang dan rendang... hmmm... tapi dah sangat terlewat sebab pokok dah paras dada aku dah... hahaha...  Pokok ni pulak tak berapa kuat... asik la nak terbalik sebab terlalu tinggi...



Aku pindahkan ke kawasan yang lebih kena cahaya tetapi biar dia diselang seli dengan tali supaya pokoknya boleh sangkut kat tali ... dan tak tumbang...
Ini gambar marin... 29hb Mei 2015...

Cili bulat besar... atau capsicum annuum... 

Buah ini ler... ehsan gugel... tak ingat dah kaler apa... mungkin hijau kot...


Tak tau la berjaya berbuah atau tidak cabai bulat ni...  buat masa sekarang dah start berbunga dah...

Benih cabai besar tu dah berbuah dah... Tok Su pun dah ambil buat letak dalam masakan... dan hubby pun buat ulam... tak pedas pun katanya.  Aku tak berani nak ratah gitu... hehehe...


2 comments:

  1. banyaknya anak cabai.. zar ni nk semai serai.. pun x lepas lepas lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa... kena tunggu semangat datang baru la boleh proceed... sementara sibuk dengan blajar tu... teruskan dulu dengan belajar... buat banyak benda dalam satu masa nanti berterabur semua !

      Delete