Search This Blog

Loading...

Monday, April 6, 2015

Bumbung dan siling...

Sekarang ni kami dalam proses nak betulkan semula bumbung.  Bumbung yang begini buatkan bocor bila hujan.

Bumbung yang sangat 'tara' ... sepatutnya sudut mesti dalam 45 darjah... ini.  Dalam keadaan ini, air hujan akan ditolak semula dan masuk ke dalam rumah.  Jadi, rancangan kami, bumbung ini akan dibuat bentuk M.  Suka hati la abang Din, asalkan tak bocor sudah !


Kesannya, bocor dan siling runtuh.  Khemah anak utk mereka main main dalam tu... Dah jemu, tak main dah pulak.  Esok esok nak simpan balik la...

Kawasan ini akan banjir bila hujan dengan angin yang kuat.  Kalau hujan skit skit jer, tiada kesan.  Sepanjang musim kering panas baru ini, sedikit lega, tetapi bila masuk musim hujan semula, hati aku rasa sangat stress... itu sebab upah juga tukang perbetulkan bumbung dan korek jugak duit yang ada skit skit tu...

Memang sangat mengecewakan abis duit macam tu saja.  Tapi, tak apa la... kalau tidak, tak meriah la hidup kan ? Huhuhu... nangis...

Utk bumbung tu, kami kena abiskan dalam RM6K.

Untuk cat semula kat luar tu, sekali dengan upah, kena bayar RM800.   Untuk siling belum ada bajet lagi.  Mungkin dalam RM3K kot.  Tak pasti lagi sebab belum buat tanya harga lagi.

Itu belum lagi kira barang letrik yang perlu diisi semula (lampu dan kipas)... leceh kan ? Macam baru pindah masuk !  Adeh adeh adeh... sabar la hati !

So, peringatan utk orang lain... carilah tukang yang ada sejarah yang baik dan boleh dihubungi dengan mudah... tinggal setempat... bukan pindah randah !

Memang ambil mereka sedikit murah, tetapi tiada jaminan langsung... dan ada yang lari macam tu saja.  Ambil orang Indonesia pun sama... murah, tetapi... dinding aku termasuk ke rumah jiran... abis RM2500 utk betulkan semula dinding saja... huhuhu...  sabarlah hati...

Ambil tukang yang duduk sekitar tempat kita... samada di kedai atau tukang Melayu kampung yang ada sejarah baik... biarlah lambat, asalkan kita tak kecewa... lagi satu... jangan la tergoda dengan tawaran murah di awalnya, kerana skit demi sedikit mereka akan naikkan harga ... last last sama juga dengan tukang lain yang menetapkan harga secara keseluruhan.

Gitu la pengalaman kami...

Pengalaman dengan harga yang mahal !!!


No comments:

Post a Comment