Search This Blog

Loading...

Monday, April 27, 2015

Menyemai pokok pokok...

Anak anak yang membantu mengisi tanah dalam polibeg.  Tanah aku campur antara tanah hitam, tanah merah dan pasir sikit.  Peratusan tak ada... aku main campur sesedap rasa.  Ada juga yang aku campur dengan baja kompos semula jadi... yang hubby bakar daun daun kat tepi tepi pagar tu... 

Lepas tu, kami kerat dan cucuk cucuk dalam polibeg...

Ini antara benih yang beli sebab dah beberapa kali aku semai guna cabutan pokok kat tepi surau tu, tak berjaya subur.  Dulu, sekali jer dah nampak kukuh skit, hubby pi tebas... uwaaa... sedih !

Ini ler tempatnya aku menyemai... bawah net itam tu... 

Ini semai pokok benih yang beli kat AEON BIG... entah ok atau tidak... tak tau la aku.  Kira nasib la yer...  Lepas taruk tanah dalam bekas telur ni, siram... dan tutup semula dengan plastik tu.  Tujuan aku tutup tu sebab takut hujan... nanti kalau basah sangat, abis la tanah tu hanyut... ekekeke...

Yang sebelum ni aku tutup dengan daun pisang... kali ini aku tutup dengan plastik baja tu jugak la...






2 comments:

  1. kami pun guna bekas telur tu buat semai pokok.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer la... senang nak ubah kalau pakai bekas telur nih...

      Delete