Search This Blog

Loading...

Sunday, March 16, 2014

Dah jumpa ?

"Dah jumpa dah kapal terbang ?", tok su tanya hubby.

"Dah... "

"Kat mana ? ", penuh excited tok su bertanya.  Aku dengar dari jauh saja tetapi mula memasang telinga.

"Kat Kepala Batas tadi.  Hantar orang kat airport.  Banyak kapal terbang kat situ !",  jawab hubby sambil tersenyum simpul.

"Cis... ", aku menyampuk.
"Main main pulak !"

"Sebesar besar kapal terbang pun orang tak jumpa lagi...", aku merungut...

Hmmm... kata kata aku terbiar saja.


Ini aku pagi ni... pakai tudung baru lagi... hahaha... huduh betul... tak masuk pulak rasanya.  Tak per tak per... 
 Kasut baru... RM10 jer... huhuhu... semekin aku nih, kan ?  Bukan la... aku ni jimat.  Tengok ada jer offer, terus rembat.  Bila lagi nak dapat ? Asik harga 50 ke atas, kopak aku.  Dah la kasut tak tahan lama.  Pakai sebulan dua jer, terus lekang sana sini.  Tapak pun haus... kasut harga ratus ratus pun sama... tak larat aku nak kumpul kasut.


Citer lain yer...

Petang marin hubby balik kerja, aku teman dia makan.  Aku dok depan dia sambil sembang sembang tanya dia...

"Abang... saya cantik tak ?"

"Hmmmm....", jawab hubby endah tak endah.

"Kalau cantik, kenapa tak puji ?"

"Cantikkkkkkkk...", hubby cakap antara ikhlas dan tak.

"Abang, abang marah tak kalau orang lain puji bini abang cantik ?"

"Marah la... kenapa nak puji bini orang ?"

"Abang tak bangga ker ?"

Hubby diam... dan aku juga diam.  Baru jer terfikir nak cerita hal masa bengkel yang tetiba jer sorang pensyarah tu cakap aku makin anggun... hahahaha... perasan tak sudah aku ini.... la la la...

Masa bengkel, waktu makan ker masa jenjalan ker.... kekadang aku rasa macam orang perati aku... macam tak biasa tengok.  Yer la... aku baru jer setahun ni join semula jabatan ni, menyebabkan mereka tertanya tanya kot.  Kekadang aku rasa nak sorok muka masa makan... hahaha...

Tapi... aku cuba buat buat tak heran jer.  Memang betul jangkaan aku.  Mereka tak kenal aku sebab ada yang bertanya direct dengan aku... hehehe...

Lagi pun 10 tahun lepas aku mungkin kelihatan berbeza sedikit dari sekarang ni.  Dulu aku sangat sangat diam... tak ceria macam sekarang.  Sekarang ni, aku ceria ngalahkan budak sekolah !!!

Kata bos aku (gambar atas tu no dua dari kiri), group tu sangat takut jer masa dimaklumkan yang aku akan join unit mereka.  Hahaha...  now... mereka dah tak takut.

Dah kenal baru la cinta... kan ?







No comments:

Post a Comment