Search This Blog

Monday, March 10, 2014

Cerita cerita...

Dah 3 hari cerita mengenai MH370.  Semoga yang diduga tabah menghadapinya.  Hanya dari kejauhan saja dapat aku doakan.  Sedih tu memang la sedih... tapi aku tak mau jadi seperti orang lain yang tercari cari bahan dan juga hebah sana sini berita yang tidak tepat. 

 Apa apa pun, semoga semuanya berakhir dengan baik.

Beberapa hari lepas, Amalia dah meminta minta untuk masuk KAFA.  Katanya dia nak KAFA dengan kawan dia...

Aku malas nak layan sangat sebab aku takut semangat dia hanya sekerat jalan jer.

Tapi, kerana dia bersungguh.. suruh beli kain KAFA la... itu la... jadi aku pun perlu la bertindak.

Bincang dengan hubby, tanyakan pasal kawan dia yang ada isteri mengajar KAFA tu.  Adeh adeh... rupanya pasangan tu dulu yang hubby ceritakan yang dah bercerai tu... Adeh adeh adeh... terkedu aku...  Rasa macam kepala aku kena tukul ker...

So, tadi aku dah call sekolah untuk pendaftaran KAFA tu.  Petang karang aku akan ke sekolah utk daftar Amalia masuk KAFA.  Macam macam lagi la kena bayar... bayar itu ni...

Tak apa la... tak ada anak nak anak.  Dah ada anak, merungut plak !!!

Semalam aku tanya pasal jiran aku yang namanya Mah tu pada kakak yang juga jiran kami.  Mah makin kurus katanya.  Dengan itu, rasmilah aku tahu kisah dia.

Aku tak tahu samada aku patut pegi jumpa dia atau tidak.  Aku bimbang jika dikata aku ni suka jaga tepi kain orang atau nak menghasut atau nak itu ini.

Tapi, kalau aku abaikan saja, dah jadi cam kejam jer aku nih.  Kesian kat kawan yang pernah sama sama susah senang dengan aku masa aku melahirkan Najmi dan juga dia melahirkan anak bongsu dia.  Hmmm... tengok la...

Aku ada lalu depan rumah dia tiap hari.  Aku nak tengok dia.  Aku nak terserempak dengan dia.  Tapi tak nampak pula rupa dia.  Hmmm... kalau aku cari dia, nampak tersangatla pelek sebab aku tak pernah buat gitu selepas maid aku tak ada nih.

Anak dia 5 orang... aku ingat aku nak tolong bagi semangat dan juga bagi jalan untuk dia berubah... jika dia perlukan...

Susah betul jadi perempuan yang bergantung pada suamiiii...


INGAT !  JANGAN BERGANTUNG PADA SUAMI 100%

dan
 
DAN JANGAN BUKA RUANG PADA PASANGAN KITA !


Kalau ada peluang, sesiapa pun mungkin akan grab gitu jer...  aku cakap jangan buka ruang pada pasangan tu, aku maksudkan dua dua pihak la !

Somi aku ? Hahaha... sesekali aku masih bertanya... kalau dia nak cari orang yang lebih baik dari aku... yang putih... yang seksi (badan)... yang muda lagi...  Hubby yang marah marah tapi tergelak mendengar kata kata aku bila aku suruh dia cari yang breast besar !  Sapa tak nak kan ?

Aku open mengenai ini.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan...  kekurangan aku yang kekadang buat aku rasa nak lari jer dari hubby aku... tapi aku tak boleh, sebab tu aku nak carikan dia orang lain. 

SAPA nak ????  Sila hubungi aku...

Sebelum dia tinggalkan aku, baiklah aku carikan dia yang lebih baik siap siap.    Kalau orang tu menghormati aku, baik, dan baik juga pada anak anak aku... rasanya ok jer...  Lagi satu, mesti BERDIKARI !!! ADA INCOME SENDIRI...

Aku nak hubby bahagia... dan HIDUP !!!  Lagipun, biarpun dah lebih 10 tahun, tapi aku masih belum dapat lupakan word 'SELERA' tuh.... huhuhu...  sumpah, aku cuba sungguh sungguh... tapi tak boleh!!




Aku pagi ini...

FB ? Aku ingat malas nak layan FB lagi la... bosan dan kecik hati.... setakat hari ini la...






No comments:

Post a Comment