Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 8, 2015

Kek segera...

Bila posa posa ni, memang la nafsu ni macam hapa tah... tengok semua benda macam sedapppp jer.  Aku terguda la dengan iklan tepung kek coklat moist ni.  Harga satu bekas tu 15, tapi aku beli 10 biji, dia bagi harga RM12.00.  Mahal ker murah aku tak tahu, sebab ada juga yang harga murah, kualiti aku tak bandingkan lagi.

Setakat hari ini, dah buat 3 bekas dah... huhuhu... abis tiap kali buat.





Ini first time buat... keras skit.  Anak anak suka... sebab dia macam coklat bar kot... hehehe... Aku masak dalam periuk tekanan... 20 minit selepas berdesir.  Angkat angkat, terus keras.  Agaknya lagi satu, cawan yang aku guna tu kecik skit kot.

Tambahan susu pekat, susu cair dan minyak sahaja.  Air skit kot... 

Ada yang lain aku pernah beli, tambah telur dan buttercup.  Tak ingat dah rasanya macam mana dan apa beza.  Yang itu murah jer... dalam RM6 lebih aku beli dulu... now, dalam RM7 kot.  Aku tak survey pun masa nak beli... huhuhu... 


Second time buat, lebih tebal... dan lebih gebus...

Third time, tok su yang buat.  Lebih moist... aku suka jer... tapi sebab kerap sangat permintaan anak anak ni, aku jadi jemu la skit.  Anak anak tetap la makan...


Selain dari kek, aku juga cuba buat puding caremel.  Kali ini menjadi dengan jayanya.  Tapi masalahnya bila posa, kenyang... aku tak leh makan sangat la...

Last last buang...




No comments:

Post a Comment