Search This Blog

Monday, June 22, 2015

Tilam baru utk Kak Ya...

Aritu aku kena sediakan katil dan tilam utk rumah sewa.  Jadi aku beli la dua katil.

Ini katilnya.  Harga katil terpakai ini RM150.00.  Aku rasa macam murah la.  Rupanya memang kualiti dia perlu diperbaiki... hahaha... lantai dia la aku kena tampung dengan kayu kayu lain.  Sib baik la aku ni dah ada semua kakas berkuasa tinggi tu... (power tools la kononnya).  Jadi, menukang la aku dengan Amalia kat dalam bilik ni.  Kelakarnya, Kak Ya la yang jadi CLAMP dia.  Senang skit... CLAMP idup.  Clamp G atau F aku tak bawak.

Utk katil terpakai ini, harga RM150 tu tak termasuk tilam, terpaksa la aku ambil tilam dari rumah yang merupakan tilam Kak Ya.


Sebagai ganti, aku beli tilam baru ni pada Kak Ya.  Dua tilam ko... amik.  Harga aku dapat RM400.00 utk dua tilam ni.  Aku tak tau murah atau mahal... bantai jer la... malas nak order order.  Bajet dalam RM400... ok la tu...  dapat dua tilam.  Senang skit kalau orang datang... boleh la pecah dua.

Gambar katil Kak Ya tak ada... hehehe... nanti nanti la kita ambil gambar dengan tilam dan katil baru... modelnya Kak Ya la...

Lama tak ambil gambar Kak Ya kan ? 

Kak Ya dah besar !



No comments:

Post a Comment