Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

Konvo UUM ke 26


Aku jadi salah seorang yang menerima...

Rasa seperti mimpi jer...

Sejuk tangan aku waktu nak menerima scroll... giler... Dah la Agong yang bagi, aku pula tersasul sasul... hahaha... kelakar pun ada...

Masa tunggu, bukan main berlatih... cara nak cakap... cara nak amik... sampai depan Agong jer, terus ilang apa yang nak buat...

Depan Agong boleh dalam otak aku bertanya,
"Nak cakap apa ? Junjung kasih Tuanku... ni masa bila ? Selepas ker sebelum terima scroll ?"

Sudah !!!

Arrghhhhh... tah hapa hapa jer aku...

Aku amik scroll pun bantai jer dari atas... bukan tadah tangan... HAHAHAHA...

Nampak sangat gelabah bewok !

Apa apa pun, semuanya dah selesai !

Aku dan Dayah... macam makcik nak pi market dengan beg macam tu... hahahaha....

-------------------------------
Cerita lain...

Pagi pagi tu, hubby kejut aku untuk bangun.  Aku dah tak semangat nak pegi dah pagi tu.  Tapi hubby kejut dua tiga kali.  Aku bangun juga...

Di tepi jalan, bersama dengan seorang kawan, kami bersiap... sebab tak tau nak pakai baju tu macam mana.  Masing masing tolong pakaikan antara satu sama lain.

Hubby hantar sampai ke dewan... dengan jubah konvo, di depan orang ramai, aku peluk dia erat erat... dan dia bisikkan perlahan di telinga aku,

"Abang minta maaf...."


Sedih sangat pagi tu... huhuhu...


Posted by Picasa

2 comments: