Search This Blog

Loading...

Monday, March 25, 2013

Fahami orang lain...


Psikologist mengatakan:

1.  Apabila seseorang itu terlalu ketawa  terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil  yang langsung tidak lucu dan kelihatan  bodoh, dia sebenarnya seorang yg  mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2.  Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia  org yang kuat bersedih.

3.  Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4.  Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.

5.  Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.

6.  Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri.

Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu….


Semua kat atas tu aku amik dari email yang mungkin mereka pun ambil entah dari mana.  Tak ada sumber... so, sesapa yang first post tu, tak dapat la nak kreditkan.

Aku hanya ingin berkongsi ini supaya kita lebih positif dalam menghakimi orang lain, kan ?  Tak betul pun tak apa, tapi sekurangnya kita cuba positifkan sudut pandangan kita pada sesuatu yang kelihatan seperti negatif.  Aku dah banyak amalkan benda ni... cuma kekadang hati kecil ni tak mau belajar.

Tak apa... bila kita dah cuba bersikap positif pada semua perkara, sikap orang, dugaan Allah dan sebagainya dalam hidup, rasanya mungkin hidup kita akan lebih tenang dan ceria.  Dan bila hati kita tenang dan ceria, wajah kita tentu lebih manis...

Pastikan hati kita ceriaaaaa... kerana apa yang ada di hati terlukis di wajah... ewehhh... berfalsampah poyo gitu....

p/s : Hari ni mood happy skit...

4 comments:

  1. hat no.6, mcm kena sgt kat saya..perlu lebih kasih sayangkah????

    hahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ker ? Garang sangat ker makcik oren ni ?

      Delete