Search This Blog

Loading...

Sunday, March 17, 2013

Anak anak !

Assalamualaikum,

Lama juga aku tak bercerita hal anak anak lain dalam blog yang tajuknya PERMATA nih.  Lately citer pasal si Amalia saja.

Sebenarnya perkembangan lain... Si Izawani Aina darjah 6 sibuk dengan tuisyen dan segala aktiviti dia... pancaragam la... sukan la... itu la... ini la.  Heran aku, dah nak pekse tahun ni, patutnya sekolah kurangkanlah aktiviti utk budak darjah 6.  Tak faham aku.  Yang aku sendiri ni plak, pandai komplen jer, hari Khamis lepas mesyuarat PIBG tak masuk pun... isk...

Aku juga kena ajar dia membantu aku kat rumah... tapi dia masih fikir yang aku ni kena buat semua kerja sebab aku ni MAMA.  Amboiii... apa dia fikir mama dia ni bibik ker ?

Si abang plak... darjah 3... macam biasa.  Sekarang ni suka sangat dengan seluar kecik BOXER plak.  Tak mau pakai dah seluar dalam kecik.  Mulanya aku tengok dia dah pakai seluar kecik kecik dulu tu as seluar dalam, lelama tu aku pun beli la boxer plak utk dia.  Seronok sangat dia bila aku beli boxer.  Agaknya pengaruh kawan kawan atau mungkin dia dah besar dan malu skit nak pakai underware kecik masa mandi kat cafacare.

Oh ya... kakak dah darjah 6... bentuk tubuh dah semakin kearah kewanitaan.  Si abang plak, masih macam tu lagi... mandi bugel kat umah dan masih lagi terayun ayun kehulu hilir tanpa rasa malu.

Aku masih cuba buat mereka berdua lebih bertanggung jawab... tetapi tiap hari la kena marah dengan aku.

Amalia... darjah 1, aduh... aku tak tau kalau hari ini dia masuk sekolah.  Tapi rasanya mungkin tidak.  Masih suka nangis dan suka menjerit... Kalau menangis tu macam kena pukul sampai patah riuk... biarpun kami tak sentuh skit pun. Aduiii la...

Si Najmi... 6 tahun, budak ni memang rajin sangat dalam serba serbi.  Sangat teliti dan sangat manja.  Tangan dia yang melecur kena panas... tapi dia tak tau pun kena apa bila aku tanya... masih berbalut dengan kain kasa dan bandage sampai hari ini biarpun dah seminggu dah... auta jugak nih.

Bila hari cuti, budak budak ini akan menghuru harakan rumah.  Tunggang langgang rumah dibuat mereka kalau aku masuk rehat dalam bilik.  Kalau aku dok kat luar nak rehat, mereka akan buat aku rasa nak menyelam dalam air... bagi tak dengar sora mereka yang menjerit jerit macam dok kat pesta.  Lepas tu, kalau aku yang menjerit, mereka akan diam sekejap... lepas tu... bisik bisik sekejap... lepas seketika... menjerit lagi... aduiiii laaaaaaaa....

Sib baik hari Jumaat ada aku upah tukang cuci.  Jadi clear skit rumah hari Jumaat tu.  Sabtu tunggang langgang balik.

Semalam aku merajuk dengan hubby, jadi, seharian aku dok dalam bilik malas nak bersembang dan buat kerja lain selepas memasak.  Pagi ni aku bangun, tengok rumah macam tongkang pecah.  Rasa aku nak jer marah pada hubby... tapi dek kerana aku ni masih mogok dengan dia... aku diamkan ajer sambil kemas kemas rumah... Adoiii...

Gitu la kerenah bila anak ada 4 orang... kecik kecik....

Bior jer la ... kan ????

Seram plak fikirkan cuti hujung bulan nih kan ?




4 comments:

  1. Respek dgn org anak ramai kekecik ni.. Baru ni adik ipar sekeluarga dgn tiga anak tidur rumah tiga malam.. Huru hara satu rumah.. Tunggang langgang. Tiap tiap malam kami tidu awai sbb tak larat tgk rumah berkecah.. Sabar sungguh. ? Tapi bila dorg balik.. Sunyi je rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu ler zar... semua keadaan kita diduga... so, sabor jer la...

      Hehehehe... zar tak mau ambil anak angkat ker ? Bagi rumah tunggang langgang jugak...

      Delete
  2. aduhai..sabtu ahad rumah saya jgnlah ada sesapa dtg.malu
    macam tongkang pecah...menan sepah sana sini
    yg buat sepah sorang je pun..si abam tu dah besar
    si adik ni kalau suh kemas nanti dia cakap 'nanti ajaa kemas.umie ni sebok aje'rasa cam nak cubit2 mulut dia.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la jawapan anak akak tu... nanti diorang nak kemas... lepas main tengok menan tu bersepah jer. Kena sergah sorang sorang, baru la terkial kial mengutip. Adoooiii la... Tak ayu la jadi ibu yang suka marah marah nih...

      Delete