Search This Blog

Loading...

Wednesday, March 20, 2013

Bz sangat...

Aku bizi dengan memacam perkara yang aku sesaja buat bz.  Kalau nak relex pun buleh jugak... tapi rasa macam tak best pulak bila tak berusaha selesaikan masalah 'keselowan' sistem yang aku buat nih.

Ok...

Minggu lepas aku perang skit skit dengan hubby.  Citernya aku nak nasihatkan dia supaya dia dapat membeli barang dapur secara bulk pada awal bulan/dapat gaji supaya aku tak payah nak pesan pesan pada dia bila barang abis.

Dan seperti biasa dia tak mau dengar dan ambil ringan apa yang aku nak katakan.  Bila dia start gelak gelak cakap aku berleter, darah aku naik la.  Ilang abis hormat aku pada dia, mula la aku nak marah marah.  Bila aku start marah, dia pun kata la aku tak hormat dia... bla bla bla panjang lebar la dia cakap yang aku tak boleh sebut kat sini...

Dua tiga hari aku buat tak tau pada dia.  Tak bercakap... kalau bercakap pun atas urusan  yang sangat penting atau urusan anak anak.

Lepas tu, aku tengok la dia beli la barang dapur... e.g.  bawang besar... beli satu guni (guna kecik la!), gula pun ada la dua paket... dan entah apa lagi aku tak perasan.  Tapi ada la improvement... kan ?

Nanti aku nasihat lagi...

Sepatutnya dia lebih prihatin pada keperluan.  Banyak la yang kena nasihat... tapi aku tak tau cara terbaik nak nasihat dia tanpa dia permainkan kata kata aku atau dia tersinggung.

Bukan apa... salah satu word defence dia adalah... dia tak banyak duit...

Aku cakap... aku tak minta dia beli beg tangan... aku tak minta dia beli kasut... aku hanya minta dia beli  barang keperluan... tapi aku tak sempat nak bercakap secara slow talk sebab dia sudah marah !

Sebenarnya perkara ni mudah saja... kalau kita budget awal bulan, berapa barang yang kita kena beli setiap bulan... dan allocatekan siap siap duit tu, senang la...
Kalau beli barang skit skit... abis beli... abis beli... leceh laaaaaaaa !!!

Bukan aku tak bley beli sebenarnya... tapi sebab aku dah beli banyak barang.  Hanya beberapa perkara sahaja yang aku letak tanggungjawab pada dia... dan aku mahu dia laksanakan tanpa ada alasan !!!

Apa apa pun, syukur pada Tuhan kerana dia tak uji aku dengan masalah kewangan.

p/s : Sebenarnya hubby ada utang keter dan lain-lain yang besar jumlahnya.  Jumlah utang tu memakan lebih separuh dari gaji tetap dia.  Tapi itu bukan alasan untuk dia lepaskan semuanya atas bahu aku... kan ??? Sebab dia ada gaji tak tetap yang boleh cover semua tu... aku rasa la.  





7 comments:

  1. betul tu kak
    tahulah gaji dia kecik banding ngan akak
    tp kalau boleh barang dapur tu biarlah suami yg beli.sebab bagi makan anak bini tu dah jelas tggjawab suami.bila tgh bulan xde $$ boleh slow talk kendian..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul... patut ker akak hide entry ni ? Hehehe... silap tempat publish ker ?

      Delete
    2. emm entahle..ada org lain baca ke?

      Delete
  2. Betullah tindakan izan tu.. Lelaki ni jangan diajar leisure sgt nanti dia tak tahu tanggungjawab. Mana kita boleh bantu kita bantu tapi tjaab dia kena buat dulu:-)

    ReplyDelete
  3. blog ni public... tapi masih fikir nak hide atau tidak entry ni... sebenarnya citer mengenai keburukan somi ni tak bagus, tapi share dan ada org pun share kembali camna cara terbaik utk solve, kan bagus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg saya setuju..bercerita utk cari jalan penyelesaian
      semoga kita bercerita pd org yg betul

      Delete