Search This Blog

Monday, July 31, 2017

Fitnah...

Di waktu saya sekolah rendah, musim orang buat kraf tangan guna tin untuk dijadikan bunga sangat banyak.  Berbagai jenis bunga yang cantik.  Ada ros, ada orked dll bunga.

Saya banyak membantu mak mengecat tin yang berbentuk bunga tu.

Dulu, bukan ada hp atau fb atau gugel untuk kita cari dan tiru gambar bunga.  Kita terpaksa perhati bunga dan simpan dalam ingatan.

Hehehe... betapa sukar kan ?

Jadi, ada satu rumah depan sekolah saya yang menanam orked bawah pergola/kawasan kecil siap ada pagar dan berbumbung.  Bunganya banyak dan cantik.

Saya mendekati pokok orked dan memerhati bentuk bunga tersebut dengan tujuan, nanti balik boleh jadikan bunga dari tin.  Saya asyik memerhati setiap bentuk daun, ranting dan bunga.  Warna bunga dengan celoreng dia juga saya  perlu pahat di fikiran saya.

Kawasan perumahan saya tiada pagar, jadi, kebiasaan juga kita melalui halaman orang untuk pulang ke rumah.  Oh ya, saya berjalan kaki dari rumah ke sekolah dan sebaliknya.

Oleh kerana saya memerhati lama orked tersebut, saya terdengar jerkahan kuat dari rumah jiran.  Mungkin dia marah kerana saya berada di halaman rumah dia.  Dia tuduh saya mencuri.  Saya hanya berlalu tanpa mengambil apa apa.

Keesokkan harinya, jiran saya yang anaknya seusia saya mula menabur fitnah.  Dia berada di kelas yang lain.  Saya dan dia boleh dikatakan berbeza kerana saya sedikit miskin berbanding dia yang mungkin sedikit berada (bukan kaya raya, tapi tidak susah seperti kami sekeluarga).

Dia fitnah saya dengan suara memerli, "Pencuri... pengakap tetapi pencuri" ... bla bla bla...

Saya tidak dapat lupakan kata katanya sampai saat ini.  Saya juga tidak dapat membela diri dari difitnah dia.  Dia ada satu group yang rasa mereka ... errr... biasa la budak budak...

Dah hampir 40 tahun perkara ini berlaku.

Bahaya fitnah...

Saya yang dah lupakan perkara ini bertahun tahun, jadi teringat bila satu kawan request untuk masukkan saya dalam group kelas sekolah rendah.  Saya fikir cuma kelas saya, rupanya dia masukkan dalam semua sebaya saya. 

Saya rasa mungkin dia tak masuk dalam group tu, tetapi, kenangan lama tu masih membuat hati saya rasa sakit...

No comments:

Post a Comment