Search This Blog

Sunday, August 13, 2017

IIUM - Kisah bin / binti ...

http://iiumc.com/bin-abdullah-1-kisah/


W'salam,

Masa baca ini, makcik menangis. Sedih betul rasanya. Teringat hal anak makcik sorang nih... Sebenarnya, betul orang keliling penting untuk menjaga supaya anak anak yang tak berdosa tidak jadi mangsa. Tetapi, kekadang ada saja makcik bawang yang mulut busuk bercerita menyebabkan anak anak yang tak tahu apa apa mengejek anak yang tidak berdosa tu.

Kisah makcik tidak la sesadis atas ini. Tapi, makcik memang bersalah sangat sebab mengambil anak angkat dan membuang nama sebenar ayahnya dalam surat pengangkatan.

Dia pun sama, tahu duduk perkara sebenar semasa masih kecil. Menangis dan tidak percaya. Lama la sesi untuk memberi kesedaran pada dia yang kami sayangkan dia seperti anak anak yang lain. Menangis bersama, memeluk erat dia, terangkan dia berkali kali... sehingga dia terima. Selepas itu, keadaan lagi sukar bila dia nak balik kepada keluarga kandung bila ada masalah walau sekecil kecil masalah. Biarpun makcik ada anak sendiri, untuk pulangkan dia semula bukanlah mudah semudah meminjam kereta... huhuhu...

Lama lama skit, dah ok. Kawan sekolah masih tidak tahu. Ada juga cikgu yang mempertikai surat pengangkatan dan mahukan surat beranak (sebab surat dia berbeza dengan orang lain)

Sampai satu masa, makcik nak tukar nama dia kepada nama asal dia dengan nama ayah dia, tetapi, dia pula tak mahu, kerana tidak mahu kawan kawan dan adik adiknya tahu.

Sehingga saat ini, adik adik dia (anak kandung makcik), masih tidak tahu lagi perkara ini.

Suatu hari nanti, bila semuanya telah ok, makcik akan tukar juga nama dan perlu jelaskan juga pada anak anak yang lain... tapi tak tahu lagi bagaimana caranya.... orang menyuruh tukar memang mudah, mereka tidak duduk dalam kasut kami... huhuhu...

Semoga ada kemaafan buat kami... :(

Kepada Ibnu Abdullah, semoga bahagia sentiasa mengiringi dan semoga dapat bertemu dengan keluarga kandung dalam keadaan harmoni.


---------------

Itu yang saya komen dalam entry tu, tetapi delete semula selepas rasa tidak sesuai... Copy paste dan salin semula di sini untuk dijadikan ingatan.

4 comments:

  1. salam khamis mlm jumaat cikKak., ;p

    ReplyDelete
  2. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete