Search This Blog

Monday, August 15, 2016

Macam macam...


Tadi pagi, hubby call.  Cakap kak Ya ambil duitnya yang diletakkan dicelah casing telefon.

Hmmm... saya ambil keputusan untuk call cikgu sekolah.  Last dapat cakap dengan cikgu PKHEM. Cikgu Norhayati.

Cikgu ok jer.  Dia cakap, dia panggil Kak Ya ke bilik guru dan tanyakan hal duit tu.  Kak Ya memang mati mati cakap itu duit tabung.  Sehingga cikgu tidak tahan sabar, dia tampar juga kak Ya.  Saya tak tanya kuat atau tidak cikgu tampar.  Biarlah... cikgu nak membentuk murid.

Cikgu tak percaya ajar secara lembut boleh mengubah pelajar.  Itu yang cikgu cakap.

Saya akui saja... 

Kami bercakap panjang hal Kak Ya... berkongsi cerita...

Selesai urusan mengenai Kak Ya, saya singgah di sekolah bersebelahan, sekolah menengah, sekolah Kakak.

Saya nak jumpa cikgu Kakak yang baik dengan dia.  Rupanya cikgu tu bercuti ke luar negera.  Lalu saya bertanya mengenai cikgu kelas.  Cuti jugak !

Last saya bertanya cikgu kaunseling.  Ada... dua dua ada.  Cikgu lelaki dan cikgu perempuan.  Saya lebih selesa cikgu perempuan.  Tetapi cikgu perempuan tu Non Muslim.  Saya redah saja la.

Saya meluahkan perasaan... tentang hubungan saya dan Kakak.  Tentang sikap kakak yang saya tidak faham.  Tentang hubungan antara adik beradik dia.

Saya beritahu dia, Kakak nak hak dia sebagai anak angkat.  Saya tidak tahu apa hak itu.

Saya cakap, yang Kakak itu, biarpun dia anak angkat, dia tetap darah daging saya, kalau dia bukan kami jaga dari kecil, kami tetap sayang dia.

Tapi, kalau dia bukan darah daging kami, kami tentu tentu sayangkan dia macam anak sendiri juga.

Tiada bezanya...

Saya jelaskan satu persatu apa yang buat kakak rasa berbeza... dan dia tahu, kakak tidak patut rasa perasaan tu.

Saya cakap, itu normal, adik beradik kandung satu ibu satu bapa pun boleh rasa layanan berbeza antara adik beradik... biasa sangat.  Yang jadi masalah, Kakak terlalu rasa, layanan berbeza kerana dia bukan anak kandung kami.  Itu sangat sangat salah anggapan dia.

Hmmm...

Saya minta tolong cikgu... kerana saya tidak tahu nak buat apa.  Saya bercakap dengan cool sahaja.

Lepas keluar dari bilik kaunseling, Kakak panggil saya.  Saya menoleh, mencari suara kakak. 

"Kenapa mama datang sekolah ?"

Benteng air mata yang saya tahan dari tadi, roboh melihat kakak tercegat depan saya.  Nasib baik kami berada jauh dari orang.  Saya panggil kakak dan peluk Kakak.

Saya cakap, saya sangat tertekan dengan suasana tu.

Saya tak mampu cakap saya ke sekolah kerana dia.  Saya hanya cakap, saya ke sekolah Kak Ya sebab kak Ya ambil duit abah. 

Saya tak pasti jika dia fikir saya stress sebab Kak Ya.

Mungkin dia tak tahu saya keluar dari bilik kaunseling jumpa guru kaunseling.

Hmmm... saya tak mampu cakap panjang... hanya air mata sahaja yang keluar banyak... agaknya segala rasa saya sebelum ni terluah dalam waktu yang sama... sukar juga saya nak keringkan air mata.

Saya minta dia masuk kelas...  dan saya sedaya mungkin coolkan diri saya... kerana saya perlu masuk kerja... dan saya tak mahu orang tahu saya lepas menangis.

Hmmm...

Saya harap semuanya berlalu dan kembali seperti biasa...




No comments:

Post a Comment