Search This Blog

Sunday, January 10, 2016

Maid baru sampai...


Namanya Mr TUBA.
Nama panjang : Air Purifier Tuba AP-3008FH 
Gaji bulanan setakat ini adalah RM150.00.


Tak abis fikir dengan komen tetamu dan juga diri sendiri yang tak tahan dengan bau najis kucing, sudahnya saya beli la benda ni selepas survey beberapa lama.  Product COWAY ini saya puas hati dengan service mereka.  Harga memang la mahal kalau kita darab dengan bilangan bulan / tahun kita bayar.  Tetapi, dek kerana pentingkan service, baik la saya pilih cara ini.

Saya pernah beli penapis air keluaran satu syarikat yang akhirnya gulung tikar kot.  Jenuh nak cari barang... last last barang tu dah dok dalam kotak... tunggu masa nak buang.  Harga ? Mahal jugak... RM3K juga la.  Jadi, baik la saya beli sesuatu yang ada keperluan service berkala dengan syarikat yang menyediakan orang datang umah macam ni.

Kan ?

Kalau korang ada somi atau korang sendiri rajin... boleh la beli yang cash... ada murah jer... dalam 1K++ jer... jenama apatah.  Kira ok jugak la... rasanya la...

Ini penggunaan 5 tahun, rosak memang tentu tentu mereka jamin dapat baru dan kalau mereka service, barang jadi macam barang mereka... sampai kat luar luar pun mereka lap... rajin betul CODY mereka...






Spec dia adalah seperti di bawah :

http://www.coway.com.my/ProductDetails.aspx?PID=44



Sebelum tu telah bandingkan dengan ini :

Tetapi perbandingan keluasan ni, menyebabkan pilih TUBA.  LAMBOK sesuai utk dalam bilik tidor.

Dengan rumah dan ruang tamu yang asik berbau najis kucing... TUBA adalah paling sesuai.  Buat masa ini, malam tadi la... pertama kali rumah rasa nyaman dari bau kucing dan kencing anak yang berterabur dalam toilet mereka sendiri... ekekeke...

Penat nak marah mereka... asik kencing berdiri kat luar pintu bilik jer... pancut masuk gitu jer... entah basuh entah tidak.   Sekali marah, sekali buat... eeeee....

Sabor jer la...


Kalau korang dok Utara, rasa nak beli barang COWAY, boleh la berhubung dengan :


Dia CODY atau staf Coway yang datang service kat rumah saya...

No comments:

Post a Comment