Search This Blog

Thursday, January 8, 2015

Azam tahun 2015

Agaknya dah terlewat ker nak buat azam ?

Aku tengok tak ada sapa pun buat azam...

Tapi tak apa la... aku buat azam supaya aku dapat cuba bersungguh sungguh untuk tunaikan azam tu.

Berat aku awal tahun ni menghampiri 60kg.  Berat ini adalah yang terberat aku capai selama aku hidup, kerana waktu mengandung pun berat aku hanya 58kg.

Aku rasa, tentu Allah ada merancang sesuatu untuk aku.

Jadi, disamping diet yang tak ada pekdah sangat tu, baik la aku ganti posa aku.

Aku berazam untuk habiskan posa ganti aku yang dua bulan tu.  Asik tak cukup cukup aku ganti selama ini.  Asik putus semangat jer bila mulakan...

Kenapa 2 bulan ?

Aku beranakan Hakimi dan Amalia pada masa orang nak sambut posa...

Nak salahkan aku sorang pun tak buleh jugak kan ?

Nasib baik la si Najmi tu aku bersalin lepas raya Haji.  Selamat la posa aku.

Memang mencabar sungguh nak ganti posa nih.

Kekadang, baru sehari dua aku posa, dah makcik tu datang...
Lepas bersih, nak start balik tu, punya la bercinta.

Aku rasa, kali ini kena bersungguh sungguh ganti.  Banyak dah fidyah kena bayar.

Nanti, kalau masa tak leh posa pun, aku tak boleh makan macam tak posa.  Kena kawal juga.  Bagi perut tak meronta ronta.

Oh ya... untuk bagi perut aku yang degil ini tak khianati aku, aku pakaikan dia BENGKUNG MODEN.   Baru hari ni jer aku pakai waktu mai opis... hehehe...

Tujuan pakai ni, supaya perut erat dan sempit.  Kalau sempit, tak ada la dia minta isi.  Betul ker analogi aku ni ?

Suka suka hati jer kan ?

Orang kata nanti, nak posa ke nak diet ni ?

Boleh tak aku nak dua dua ?

Posa tu aku wajib ganti jugak.  (Betul la wajib kan ?)

Kurus tu kesan sampingan dia.

Bulan posa tahun lepas, lepas raya, aku timbang, berat aku tinggal 54kg.  Itu sebulan posa.  Kalau aku posa dua bulan lebih (sebab hari hari makcik tu datang, aku kena kurang makan tapi tak posa !), boleh la capai berat badan 51kg.  Atau mungkin lebih kecik ?

Kurus la aku...

Tak apa la... Allah buat sesuatu benda tu bersebab.  Ada la sebab dia buat aku gemuk sekarang ni.  Supaya aku sedar diri... yang aku kena ganti posa... dan jangan fikirkan rugi tak makan nasik hari hari...

Semoga aku berjaya tunaikan azam aku tahun ini.


Gemok ker aku sekarang ? Member aku semua kata aku tak gemok.  Adik beradik aku jer yang kata aku gemuk... hmmmm...





Betul la agaknya.  Aku dah tak boleh pakai baju kemeja saiz 38 dah.  Baju kurung fesyen aku dah banyak yang ketat...

Hmmmm... betul la tu aku gemok.

Gambar jer kekadang menipu !  Sekejap kurus, sekejap gemok !



2 comments:

  1. posa tu kena ganti sederet ke? jenuh jugak nak ganti tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jenuh la... sebab tu tak abis abis tu...

      Delete