Search This Blog

Loading...

Tuesday, January 20, 2015

Bila kutub berbeza...


Di pihak sebelah hubby, ada ramai sepupu 2 pupu besar anak anak aku atau lebih kecil lagi.

Ada mereka yang seakan ada aura negatif bila berada disamping aku.  Dengan sendirinya aku tak berapa suka dengan mereka.

Sebenarnya, memang ada beberapa orang kanak kanak yang begitu.  Sangat tidak serasi dengan diri aku.  Aku tidak pasti kenapa.

Nak kata mereka nakal.  Hmmm... ada budak nakal yang aku sangat suka jer.

Nak kata mereka mengada.  Ada budak mengada yang nampak comel jer.

Nak kata mereka cakap banyak.  Ada jer budak yang cakap banyak tetapi aku suka jer.

Tapi, aku cuba juga tahan perasaan untuk tidak membenci mereka.  Mereka ahli syurga.

Jadi, apa yang aku buat, hanya tidak berapa peduli sangat tentang mereka dan tidak terlalu mendekati mereka.  Bila mereka mendekat, aku hanya gosok kepala mereka.  Aku tak ingin ada perasaan tak suka, tetapi, perasaan tu pun Tuhan yang beri, kan ?

Jadi, aku rasa tak heran.  Mungkin orang lain pun sama juga pada anak anak aku.

Adik ipar aku ada sorang.  Waktu dia pantang bersalin anak dia yang sulung kat rumah mertua aku aka mak dia, dia siap sorok anak dia takut Si Najmi pijak dan dia pun tak mau pi dekat dengan Najmi, sebab takut Najmi pukul dia.

Tak apa la...

Memang dia merungut rungut tentang kenakalan anak aku.  Dah nak buat macam mana... dia tak suka orang usik/tegur dia, terus dia marah dan tendang tendang.  Aku cakap jangan tegur, orang buat jugak, nasib la...

Now, adik ipar aku bersalin anak kedua.

Anak pertama dia dipanggil BRUAS sebab sangat sangat nakal.

Adoiii la... siap duduk duduk atas budak budak

Suka menjerit kuat kuat.

Isk... memang tak berapa nak masuk la dengan diri aku yang punya anak nakal juga, tapi tak senakal anak dia nih.

Agaknya, dia faham kot perasaan aku sekarang ?

Hahaha...

Kita tak ada la bentuk anak kita jadi gitu gini.  Agaknya mereka tu nak uji kita jer kot.

Anak orang pun, aku cuba letak diri aku di tempat mak dia.

Sebab tu, aku cuba sedaya upaya untuk tidak menyalahkan sesiapa atau untuk tidak menyukai sesiapa... biarpun dalam hati aku memang ada rasa gitu....

Lawan jer la...

Kekadang jer aku cakap terus terang... aku memang tak leh rapat / tak boleh nak suka dengan si polan dan si polan...  bukan silap mereka... tetapi... memang antara aku dan dia kutub berbeza...

Sorang utara, dan sorang lagi selatan...

Susah skit nak dicantumkan...

Kita memang gitu... ada keadaan dimana tanpa ada sebab kukuh... orang yang kita tak kenali pun kita boleh tak suka...

Sabar jer la...

Cuba tukar kutub ikut situasi yer !

BOLEH ?


KITA LETAK DUA BESI BERANI DAN CANTUM DUA KUTUB BERBEZA TU, TENTU MELEKAT... HEHEHE

KALAU SAMA, MENOLAK LA PULAK !





No comments:

Post a Comment