Semasa cuti sekolah tahun ni, meriah juga kami berjalan jalan belah Pantai Timur. Ini lawatan bersama dengan family hubby. Mereka nak pi jalan kat SERAMBI MEKAH.
Kami pergi sebelum banjir besar Kelantan.
Mungkin tempat tempat yang kami singgah beli keropok tu dah hanyut... sebab semua kedai kedai tu kecik jer.
Mungkin juga selamat. Insya-Allah...
Berjaya juga kami melihat pokok kurma tanpa buah pun.
Kami juga sempat pergi kenduri kawin kat rumah adik ipar hubby aku. Adik dia kawin.
Oh ya... orang panggil biras ker apa tah. Isteri kepada adik lelaki somi aku tu, kami panggil Sharifah. Rumah mak ayahnya area Tanah Merah.
Masa awal banjir tu, tiap hari dia menangis sebab tak tau keadaan mak ayah dia yang tinggal berdua kat sana tu.
Adik dia cuba balik, tapi tersangkut sebab jalan runtuh/banjir. Lepas tu, dapat bot, mereka berenang la cari mak ayah. Aku tak dapat bayangkan perasaan mereka waktu tu...
Masa banjir tu, rumah mak ayah dia tenggelam jugak la. Mak ayah dia pindah ke rumah jiran yang dua tingkat. Selama 4 hari, mereka hidup tanpa bantuan makanan. Tak pasti macam mana mereka survive, samada makan catu, atau tahan kelaparan. Rumah yang mereka tumpang pun ada beberapa keluarga dah tumpang... dekat seratus orang agaknya.. tak pasti.
Lepas adik dia sampai umah tu, dia angkut mak ayah dia pi KL.
Selamat.
Lega juga aku bagi pihak dia...
Ini antara gambar kami... masa lawatan ke sana...
No comments:
Post a Comment