Search This Blog

Sunday, January 11, 2015

Kisah aku...

Hmmm...

Tingin nak citer kisah aku semasa kecil...  yang mungkin tidak sama seperti orang lain.

Aku dilahirkan di Pahang.  Jerantut kot... di sebuah estet getah.

Masa mak lahirkan aku, mengikut surat beranak aku, umur mak baru 32 tahun.  Muda lagi la tu.   Lepas dua bulan lahirkan aku, ayah aku ditahan polis atas kesalahan bergaduh berkumpulan.  Ada la kes tu... entah apa tah...

Jadi, mak la bela kami adik beradik masa tu... berapa bulan tah ayah aku 'masuk dalam'.

Masa tu, kami ada 4 beradik.  Abang (Pok De), Kak Ani, Kak Mar ... dan aku paling kecik sekali.  Rasanya mungkin ada sorang lagi, anak ayah aku dengan isteri pertama dia (isteri pertama telah meninggal, lepas tu kawin dengan mak kami).  Aku tidak pasti samada dia tinggal sekali dengan kami atau tidak.

Masuk umur aku setahun kot, kami pindah masuk rancangan.

Masuk rancangan ni, adik aku yang berikutnya lahir... Chik, Pak Tam dan Pak Su.

Meriah juga hidup kami.

Ini contoh rumah asal peneroka felda tempat aku.


Design rumah ni berubah bentuk mengikut bentuk muka bumi.  Macam rumah aku, oleh kerana belakang dapurnya menuruni bukit, jadi, tiang sehingga ke dapur adalah tinggi.

Sebelum aku dilahirkan dan sebelum kami masuk rancangan felda, kakak dan abang aku di lahirkan di merata tempat.  Kak Ani dan Abang di Kelantan.  Kak Mar di Pahang, Sungai Mai agaknya.  Aku pun tak tahu kat mana tempat kak Mar lahir.  Tapi, kata kak Ani, dalam sungai... hahaha... betul la tu...

Kehadiran kami ke felda dalam keadaan felda masih daif.  Tiada letrik.  Air tu aku tak pasti, sebab seingat aku, air ada... tapi kena tarik dari tepi jalan.  Itu pun selalu tak ada air.

Jadi, kami buat perigi kat belakang rumah aku.

Airnya sangat jernih... tetapi... sejukkkk sangat pagi pagi... sampai tulang sum sum.

Bila pagi pagi nak pergi sekolah, kami terpaksa bawa pelita ke perigi untuk mandi.

Aku rasa aku mandi ala kadar saja... sejuk gila air pagi pagi.

Kekadang, masa mandi rasa macam ada orang intai... hmmm...

Kami 4 beradik perempuan.  Kami semuaaaa rambut panjang masa kecil.  Kata arwah ayah aku, rambut perempuan kena panjang, sebab murah rezeki.

Entah, aku pun tak tahu kenapa arwah ayah aku cakap macam tu...

Rezeki utk kami cukup makan sahaja.  Kekadang, makan ikan seekor kongsi ramai ramai.  Kekadang, walau lapar rasa nak makan banyak pun aku makan skit saja, sebab fikirkan orang belakang pun nak makan juga.  Adik beradik seramai 7 orang... felda pun baru buka... mana la nak mewah makan...

Masa ni mana la boleh minta nak makan itu dan ini.  Makan jer apa yang mak hidangkan.  Dan separuh lagi mak simpan utk orang belakang.

Sampai sekarang, mak suka simpan untuk orang belakang... kekadang orang belakang tak makan, busuk saja makanan tu.  Tapi itu habit mak.

Masa kecik kami, mak menanam di belakang rumah untuk tambah pendapatan.  Mak juga buat kuih untuk diletak di kedai kedai sekitar rumah.  Jauh plak tu.  Aku terpaksalah berjalan kaki hantar atau kutip bila kuih dah abis.

Sayur kat belakang rumah dijual murah murah saja.  Zaman tu, rasanya 4 biji timun tak sampai 50 sen kot.  Lupa dah aku.  Lama sangat !

Selain dari kehidupan susah aku yang itu, kehidupan aku di zaman kanak kanak sangat happening.

Ruang luas di hadapan rumah jadi taman permainan kami.  Tak kira la rumah siapa yang jadi mangsa. Macam macam permainan masa tu.

Galah panjang, Tuju tin, lompat getah, tuju guli... isk... macam macam la.

Tapi, masa awal awal hidup aku, aku main pondok pondok jer... main anak patung dengan kawan kawan dan adik beradik.

Meriah betul hidup kami...

Bersambung....


2 comments:

  1. Meriah tu kak. Seronok kalau dok dengan adek beradek sambil kenang citer lama. sure ada yang kelakor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang... memang banyak yang kelakar... hehehe...

      Delete