Search This Blog

Sunday, August 24, 2014

Perlahan lahan bina impian...

Rumah impian aku terhenti pembinaan dan semangatnya hilang setelah ditipu tukang rumah.

Jadi, sekarang ingin mengumpul semangat yang hilang biarpun duit tak berapa nak ada...

Pasal bumbung... aku dah call tukang dan berbincang mengenai harga... dan kebetulan tukang datang lagi waktu hubby ada kat rumah, nampaknya dia dah pandai berbincang.  Kalau tidak, suruh aku jer uruskan... macam la aku ni lelaki... huhuhu

RM2000 utk bumbung belakang kat bilik.
 
Lepas bumbung kat bilik tu selesai, aku nak robohkan dinding yang masuk tanah rumah sebelah tu.  Katanya dalam RM2500.00, tak apa la... aku korbankan duit aku dulu, supaya hati tak sakit.

Perlahan lahan kami betulkan semula kesilapan kami.  Duit boleh dicari kan ???  

Hmmm... bumbung depan kena dalam RM5000.00. Utk bumbung depan, hubby akan uruskan semuanya.  Aku hanya uruskan RM4500.00 tu... adil la kan ?

Keseluruhan jadi RM9500.00.  Banyak kan ? Tak apa... duit boleh dicari... utk mendapat ketenangan dan kebahagiaan...

Lepas bumbung dan dinding... kami target utk betulkan semula silling rumah pulak.  Aku harap hubby tidak tergesa gesa nak buat itu ini. 

Lepas betulkan silling, barulah aku penuhkan semula barang kat rumah... seperti sofa... tv... karpet... dan lain lain...

Oh ya... mungkin tukar langsir lagi... kan ???

Hmmm... lambat lagi nampaknya rumah nak jadi syurga... tapi tak apa... kita ada impian... ok la... sebab rumah pun baru 6 tahun... ada banyak lagi masa utk kearah rumahku syurgaku...

Simpanan utk pegi Haji akan ditambah lagi dari masa ke semasa... Simpanan utk anak mengaji akan ditampung dengan PTPTN... lagi pun Haji nanti pegi lepas pencen la... pakai duit pencen pun ok jugak kot...








2 comments: