"Untuk
gembirakan orang yang kita sayang adalah memberi apa yang mereka suka,
bukan memaksa mereka gembira dengan apa yang kita beri... kan ? Mereka
boleh bergembira dengan kita ada, sesekali, beri apa yang mereka suka...
tentu itu sangat sangat dihargai...
Susah ker nak buat macam tu ?
Susah kot bagi self-centered person.
A self-centered person is excessively concerned with himself and his own needs. He's selfish.
You probably know some people who always talk about themselves, make
every issue about themselves, and are generally all about "Me, me, me!"
People like that are self-centered: as the word suggests, they are
overly centered on themselves. Self-centered people tend to ignore the
needs of others and only do what's best for them. You can also call them
egocentric, egoistic, and egoistical. In the seventeenth century,
however, self-centered meant "fixed or stationary."
------------------------------
Kenapa kita selalu menuntut hak kita, tetapi kita tak menunaikan hak orang ? Kemudian orang pun tak mau menunaikan hak kita...
Hal itu berada dalam pusingan diantara orang terdekat kita...
menyebabkan kita tidak pernah puas hati pada orang... dan orang tak puas
hati dengan kita...
-------------------------------
Ada orang kata memalukan kawan ngan saya, now nak add saya. Patut ker saya approve ?
-------------------------------
Di atas adalah antara status dalam FB aku. Tentu orang tak faham apa yang aku nak sampaikan. Tapi berapa ramai yang tahu status yang kita tulis itu adalah isi hati kita ?
Tapi tak apa la... cerita di atas tu tak ada kaitan dengan sorang sedara mara yang perang dingin dengan mak dia. Itu cerita antara aku dan pasangan hidup aku. Hidup suami isteri gitu ler... kan ?
Minggu lepas ada jamuan raya kat Taman aku. Amalia ambil kesempatan utk tidor di rumah jiran kami. Aku yang tak tahu dia nak tidor sana, pegi menjemput dia. Jiran aku yang suaminya kawin lagi ambil peluang untuk bercerita pada aku. Dia cakap, somi dia tunjukkan kata-kata... aku rasa mungkin quote kat atas kot, mengenai suami bukan hak kita tu...
Kata jiran aku, dia setuju jer ayat kat atas. Itu memang betul la, suami bukan hak kita, dan kita kena redha kalau orang ambil pun.
"Tapi, masalahnya... kalau nak tinggalkan rumah tu, beli la lauk dulu... jangan la tinggalkan rumah 10 hari, bagi duit RM20.00. Mana cukup belanja untuk makan anak seramai 5 orang..."
"Saya tak kerja... jadi, kalau abang beri saya RM1000 sebulan, abang kawin la 10 pun, saya tak halang"
Itu la kata kata dia... Aku setuju dengan dia. Kesian la dengan isteri gitu.
Aku kesian, kerana anak jadi mangsa. Aku kesian, kerana aku rasa, somi dia terpaksa hidup dengan dia kerana anak semata mata. Tiada yang akan menjaga anak dia jika mereka berpisah. Itu saja alasannya.
Kesian kan ?
Melukakan hati saja...
SEBAB TU... KITA PEREMPUAN NIH... JANGAN LA BERGANTUNG SANGAT DENGAN LELAKI !!!!
Note : Jiran aku terpaksa jual kuih untuk tampung belanja harian dan juga sekolah anak. Ok la gitu. Tapi itu la lelaki... nak ikut sunnah kononnya... yang wajib diabaikan... nak minta isteri redha... nak minta isteri masuk syurga... Kalau isteri tak redha... nasib dia la...
p/s : Pasal yang nak kawan semula dengan aku tu, hubby la. Aku unfriend dia dulu sebab dia kata, dia malu dengan kawan kawan dia. Now, dia nak add aku... tak pasti la, samada dia sendiri atau anak yang nak add... jadi, aku abaikan jer...
Berapa ramai orang yang tak friend dengan hubby mereka ? Hahahaha....
Lagi satu... aku tak menentang poligami !
Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau ye pun dah takde rasa sayang pada isteri tu.. ingat ingat la jugak pada anak anak.. darah daging sendiri jugak..
ReplyDeletesaya pun tak menentang poligami.. kalau dah mampu.. apa salahnya..
Dia ingat anak ... sebab tu mereka tetap bersama. Tapi best gitu ? Hmmm... itu yang akak pertikaikan...
DeleteTapi ramai antara kita yang terus hidup bersama biarpun tanpa kasih sayang, kan ?
sama cam Rai, bukan hak kita nak menidakkan benda halal
ReplyDeletekalau dah takdir begitu nak buat mcm mana
sy fren ngn hsben kat fb, tp sy jarang komen n intai fb dia
ntah
Yer... tidak menidakkan benda halal... dan jika takdirnya begitu... pun tidak menghalang dan tidak marah. Cuma, jika tidak mampu... buat la cara yang terbaik supaya masing masing tidak terluka dan tiada dendam... kerana jika masih bersama, pasti dosa makin bertimbun... hmmmm...
DeleteHehehe... akak lom approve...
Ustaz kata..buatlah sunnah yang lain dulu; solat tahajud, sedekah dsbgnya. Ini, ambik yg sedap je. Saya friends gak dgn husband, tapi macam Irfa, tak komen sangat.
ReplyDeleteSetuju...
DeleteFriend dengan hubby tu... masalahnya, ari tu dia cakap dia malu. Yer la... kan akak riuh rendah kat FB... masuk kat wall dia... malu la dia... itu ler akak remove.
Bagi zar.. maaflah.. org yg menulis qoute tu mengaji x habis.
ReplyDeletePoligami bukan hak semata mata tapi tanggungjawab. Kalau mampu bertanggungjawab silakan.. jika tidak jangan teruskan takut tak terpikul dosanyer nanti.
isteri yg menyokong tu sllnya isteri kedua.. cuna suruh bagi suaminya kawin sorg lagi. . Kebanyakannnya meroyan jugak.. tak pun sibuk mengutuk madu tua dia.. tak semua begitu tapi kebanyakannyer.. tak perlulah nafikan.. hehehe peace..
Betul la Zar. Saya cakap gitu kat orang... saya kata, saya sokong poligami kalau saya yang jadi isteri kedua... hahaha...
DeleteMereka pun buat tanggapan macam macam... suka hati mereka la...