Search This Blog

Loading...

Sunday, September 7, 2014

Selamat hari lahir Kak Ya...

Kak Ya semalam...

Kak Ya 8 tahun lepas...

Semalam kami semua ikut hubby ke airport ambil pelajar datang dari China.  Dah naik dengan bas, jadi semua mengekor la.

Kak Ya, seperti biasa, jarang makan nasi.  Jadi, bila dalam bas, mula la merungut lapar.

Hala balik, adik Mie pun merungut lapar juga.

Sampai kat C-Mart, hubby singgah situ sebab pelajar nak jenjalan cari makan kot.  Jadi, kami pun singgah la sama kat kedai makan.

Kak Ya yang cakap lapar tu tak mau turun pula.  Dah buat perangai.  Aku abaikan saja sebab aku sendiri nak cari toilet pula.  Tinggalkan dia dalam bas.

Bila aku keluar dari toilet, aku lihat hubby dan Kak Ya tak ada.  Dengar raungan dalam bas... hmmm abis la anak aku sorang tu...  Kakak cakap abah dia pukul dengan tali microphone. 

Lepas hubby turun, aku naik lihat Kak Ya.

Kak Ya sedang menangis tersedu sedu.

Aku tanyakan dia... kenapa ?

"Abah pukul.  Kak Ya rasa nak lari dari rumah... ", sambil tersedu sedu kak Ya menjawab.

"Kenapa kak Ya nak lari dari rumah?"

"Abah selalu marah Kak Ya"

"Kak Ya nak pegi mana ? "

"Arrghhhh... Kak Ya nak bunuh diri...", Kak Ya menjerit...

Aku hanya tersenyum... dah biasa melayan anak aku ni.

"Kak Ya sakit kat mana ? Abah pukul kat mana ?"
"Sakit kaki Kak Ya.. ", sambil Kak Ya tunjukkan betisnya.

Aku tanya kenapa tak nak turun ? Tadi dia yang cakap lapar sangat.  Dia kata dia tak mau makan kat kedai makan.  Aku agak mungkin dia nak makan kropok atau apa apa makanan ringan.  Jadi, aku turun dan belikan sekotak apollo dan juga 4 aiskrim.  3 aku beri pada abang, kakak dan adik yang sedang makan di kedai.  Yang lain aku berikan pada Kak Ya yang menunggu dalam bas.

Kesian kat anak aku sorang ni.  Selalu kami suami isteri hilang sabar dengan dia.  Tak tahu lagi bagaimana nak sabarkan diri... kena banyak muhasabah diri la agaknya.

Hari ini, 8 tahun lepas, pukul 12 tengah hari, aku masuk bilik bedah.  Bersalinkan dia... keluar ikut tingkap...

Tadi, call hubby, adakah dia tahu hari ini hari apa.  Katanya dia tahu, agaknya hp dia ada setting tarikh lahir anak anak... (mungkin aku yang set).

 Katanya... dia menyesal pukul anak... dan aku tambah tambahkan lagi rasa sesal dia...

"Kesian kat anak... kaki dia sakit... "

Oh ya... aku juga terlupa hari lahir dia hari ini, nasib baik saja FB ingatkan... hehehe...

Agaknya malam ni kami selebret  la...  tentu abah dia layan dengan baik... utk tebus kesilapan semalam... hehehehe...


No comments:

Post a Comment