Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 17, 2015

Food Processor...

Dah sampai... dan dah bertugas...

Sonot dapat pembantu baru...








Tugas pertama, potong slice... nak tengok ... tak berapa nipis.  Jadi, kalau nak buat asam, kena potong sendiri.  Tapi, lepas ni nak try buat sambal ikan bilis guna cili hijau tu.  Esok kita test...

Dah test buat kopok ... sate ikan locking (?)

Tak berapa comey plak... samada kena halus lagi atau kena tukar jenis ikan.


Esok nak try resepi gini pula :

Bahan-bahan:

1 kilo isi ikan kembung / selayang/tambang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.
2. 1 kilo Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

Peralatan Lain:
1. Papan Pencanai
2. Food processor atau
3. Blender
4. Periuk yang sesuai besar

Cara Memproses keropok Lekor.

1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan yant telah disar tadi dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung.

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk keropok yg panjang. .

5. Rebus keropok yg sudah dibentuk tadi sehingga masak ( keropok akaj timbul di permukaan air rebusan jika ianya dah masak ). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.

No comments:

Post a Comment