Search This Blog

Sunday, August 24, 2014

Perlahan lahan bina impian...

Rumah impian aku terhenti pembinaan dan semangatnya hilang setelah ditipu tukang rumah.

Jadi, sekarang ingin mengumpul semangat yang hilang biarpun duit tak berapa nak ada...

Pasal bumbung... aku dah call tukang dan berbincang mengenai harga... dan kebetulan tukang datang lagi waktu hubby ada kat rumah, nampaknya dia dah pandai berbincang.  Kalau tidak, suruh aku jer uruskan... macam la aku ni lelaki... huhuhu

RM2000 utk bumbung belakang kat bilik.
 
Lepas bumbung kat bilik tu selesai, aku nak robohkan dinding yang masuk tanah rumah sebelah tu.  Katanya dalam RM2500.00, tak apa la... aku korbankan duit aku dulu, supaya hati tak sakit.

Perlahan lahan kami betulkan semula kesilapan kami.  Duit boleh dicari kan ???  

Hmmm... bumbung depan kena dalam RM5000.00. Utk bumbung depan, hubby akan uruskan semuanya.  Aku hanya uruskan RM4500.00 tu... adil la kan ?

Keseluruhan jadi RM9500.00.  Banyak kan ? Tak apa... duit boleh dicari... utk mendapat ketenangan dan kebahagiaan...

Lepas bumbung dan dinding... kami target utk betulkan semula silling rumah pulak.  Aku harap hubby tidak tergesa gesa nak buat itu ini. 

Lepas betulkan silling, barulah aku penuhkan semula barang kat rumah... seperti sofa... tv... karpet... dan lain lain...

Oh ya... mungkin tukar langsir lagi... kan ???

Hmmm... lambat lagi nampaknya rumah nak jadi syurga... tapi tak apa... kita ada impian... ok la... sebab rumah pun baru 6 tahun... ada banyak lagi masa utk kearah rumahku syurgaku...

Simpanan utk pegi Haji akan ditambah lagi dari masa ke semasa... Simpanan utk anak mengaji akan ditampung dengan PTPTN... lagi pun Haji nanti pegi lepas pencen la... pakai duit pencen pun ok jugak kot...








Tuesday, August 19, 2014

Rindu milik kami...

"Mama... tak best la abah tak ada... !"

Hmmm... dah kedengaran dah rungutan sorang anakku.

Hari ini, genap seminggu hubby keluar.  Bagi aku, mulanya aku rasa bebas skit la.  Yer la... bila ada TUAN TANAH, aku balik memang terkejar kejar la utk menguruskan itu ini.

Lagi best, bila tak ada lagi bebelan dan rungutan serta muka serta suara marah marah dia...

Now, aku yang jadi TUAN TANAH, suka hati aku la.  Tak nak masak, beli jer.  Kalau malas beli, suruh jer budak budak masak megi... hahaha... baguih punya mama.

Now, kami dah teringat ingat dah...

Ingat pada dia... pagi pagi yang aku cium tangannya... dan dia cium bib... arghhhh....

Ingat pada dia... bila dia letih... dan aku hanya minta izin utk keluar... dia hanya mengangguk sambung tidor.  Bila dia begitu, aku hanya tinggalkan dia dengan ciuman dipipi dan dahinya.

Kami mula rindu dengan gelak ketawa dia.

Kami mula rindu pada lawan lawan tumbuk tumbuk atas katil dengan anak anak...

Kami mula rindu segala miliknya...

Dan aku juga dah rindu...

Hmmm....



Monday, August 18, 2014

Kenapa masih begitu ?

Mengantuk betul hari ini.  Semalam pun ngantuk.  Arghhhh.... tiap hari rupanya ngantuk.  Apa la...

Agaknya badan dah tua... dah sizen dahhhh... dah buruk...

Tapi kan, korang tahu tak... walaupun terasa badan sizen dah, tapi perasaan aku terhadap satu hal itu tetap sama... macam la orang muda muda...

Keh keh keh... apa la benda tu ?

Sebenarnya, setiap kali orang mengandung... aku tetap punya impian utk merasa lagi... tah hapa hapa... tak sedar diri !

Kerap juga aku sedarkan diri sendiri nih... Oiiiii... umur dah 40an... perasan umur 20an atau 30an ker ? SEDAR DIRI TU YER !!!!

Adik ipar aku (isteri adik lelaki aku) baru jer bersalin.  Anak lelaki.  Masih di NICU, sebab lahir tak cukup bulan.  Ibu darah tinggi.

Adik ipar aku (isteri adik kepada suami aku), sedang tunggu masa nak keluar baby... dok dalam ward dah.

Adik ipar aku, perempuan... dok mengandung lagi...

Errr... macam macam la orang ngandung...

Rasa macam penuh dunia dengan orang perut besar, kan ?

Hahahaha...

Yer la...  aku sedar aku dah tua !!!



Thursday, August 14, 2014

Bersemuka, slow talk atau diamkan diri...

Biasa kalau kita ada masalah dengan orang, mana yang lebih sesuai ? Samada kita diamkan diri... jauhkan diri... buat tak tau... atau kita sembang luahkan perasaan ?

Selalu, dulu... aku ada masalah, diamkan diri saja.  Dulu juga... aku yang berbaik baik semula la dengan errr errr errr... hubby aku tu la...

Lepas tu, aku belajar untuk meluahkan perasaan... berbincang dari hati ke hati.  Kemudian, aku berhenti untuk berbincang... sebab banyak perbincangan aku yang kembali sakit hati... dan kecik hati... makan hati...

Tapi... atas nasihat orang... kalau nak sesuatu berakhir dengan baik... kita kena kuat semangat.  Peduli kan kata kata dia... makian dia... atau apa saja... tahan telinga dan perasaan... cakap juga apa yang kita nak cakap...

Last last... aku rasa... tindakan itu ada kesan baiknya.  Bila kita rasa kita benar, kita tegakkan selagi mampu... dalam scope yang boleh la... jangan la sampai kuwang ajor plak...

Memang la aku kena teruk... hati aku hampir remuk... tapi... hmmm...  ok la...  sesekali jer rasa macam nak lari jauh... adoiii la...

Kalau orang nampak, macam la aku ni gaduh giler giler... padahal esok lusa elok jer mandi basah rambut... HAHAHAHA...

Gitu la laki bini... kan ???


p/s : Biasalah somi akan keluarkan kata kata kurang sopan pada aku dalam keadaan marah.  Tapi... aku sedaya mungkin utk tetap hormatkan dia.  One day, aku tanyakan pada dia... adakah kata yang dia ucapkan itu patut keluar utk aku ? Dia kata TAK !  Hmmmm... sib baik dia jawab gitu, kalau tak, lepas lepas ni tentu aku sebut word tu pada dia... Adoiii la...




Monday, August 11, 2014

Kenapa kita selalu menuntut hak kita, tetapi kita tak menunaikan hak orang ?

"Untuk gembirakan orang yang kita sayang adalah memberi apa yang mereka suka, bukan memaksa mereka gembira dengan apa yang kita beri... kan ? Mereka boleh bergembira dengan kita ada, sesekali, beri apa yang mereka suka... tentu itu sangat sangat dihargai...

Susah ker nak buat macam tu ?

Susah kot bagi self-centered person.

A self-centered person is excessively concerned with himself and his own needs. He's selfish.

You probably know some people who always talk about themselves, make every issue about themselves, and are generally all about "Me, me, me!" People like that are self-centered: as the word suggests, they are overly centered on themselves. Self-centered people tend to ignore the needs of others and only do what's best for them. You can also call them egocentric, egoistic, and egoistical. In the seventeenth century, however, self-centered meant "fixed or stationary."


------------------------------

Kenapa kita selalu menuntut hak kita, tetapi kita tak menunaikan hak orang ? Kemudian orang pun tak mau menunaikan hak kita...

Hal itu berada dalam pusingan diantara orang terdekat kita... menyebabkan kita tidak pernah puas hati pada orang... dan orang tak puas hati dengan kita...

 

-------------------------------

Ada orang kata memalukan kawan ngan saya, now nak add saya. Patut ker saya approve ?  
 
-------------------------------


Di atas adalah antara status dalam FB aku.  Tentu orang tak faham apa yang aku nak sampaikan.  Tapi berapa ramai yang tahu status yang kita tulis itu adalah isi hati kita ?  

Tapi tak apa la... cerita di atas tu tak ada kaitan dengan sorang sedara mara yang perang dingin dengan mak dia.  Itu cerita antara aku dan pasangan hidup aku.  Hidup suami isteri gitu ler... kan ?




Minggu lepas ada jamuan raya kat Taman aku.  Amalia ambil kesempatan utk tidor di rumah jiran kami.  Aku yang tak tahu dia nak tidor sana, pegi menjemput dia.  Jiran aku yang suaminya kawin lagi ambil peluang untuk bercerita pada aku.  Dia cakap, somi dia tunjukkan kata-kata... aku rasa mungkin quote kat atas kot, mengenai suami bukan hak kita tu...

Kata jiran aku, dia setuju jer ayat kat atas.  Itu memang betul la, suami bukan hak kita, dan kita kena redha kalau orang ambil pun.  

"Tapi, masalahnya... kalau nak tinggalkan rumah tu, beli la lauk dulu... jangan la tinggalkan rumah 10 hari, bagi duit RM20.00.  Mana cukup belanja untuk makan anak seramai 5 orang..."

"Saya tak kerja... jadi, kalau abang beri saya RM1000 sebulan, abang kawin la 10 pun, saya tak halang"

Itu la kata kata dia... Aku setuju dengan dia.  Kesian la dengan isteri gitu.

Aku kesian, kerana anak jadi mangsa.  Aku kesian, kerana aku rasa, somi dia terpaksa hidup dengan dia kerana anak semata mata.  Tiada yang akan menjaga anak dia jika mereka berpisah.  Itu saja alasannya.  

Kesian kan ?

Melukakan hati saja... 

SEBAB TU... KITA PEREMPUAN NIH... JANGAN LA BERGANTUNG SANGAT DENGAN LELAKI !!!!

Note : Jiran aku terpaksa jual kuih untuk tampung belanja harian dan juga sekolah anak.  Ok la gitu.  Tapi itu la lelaki... nak ikut sunnah kononnya... yang wajib diabaikan...  nak minta isteri redha... nak minta isteri masuk syurga... Kalau isteri tak redha... nasib dia la...

p/s : Pasal yang nak kawan semula dengan aku tu, hubby la.  Aku unfriend dia dulu sebab dia kata, dia malu dengan kawan kawan dia.   Now, dia nak add aku... tak pasti la, samada dia sendiri atau anak yang nak add... jadi, aku abaikan jer...

Berapa ramai orang yang tak friend dengan hubby mereka ? Hahahaha....

Lagi satu... aku tak menentang poligami !



Sunday, August 10, 2014

Tudung baru...


Tudung ni jer yang mahal skit... regernya aku rasa dekat 60 kot... hmmmm...

Comey dak ? Tak comey pun kata la comey yer...



Sunday, August 3, 2014

Gambar Raya Family Kecik - 2014

PakTam dan Family

Kak Mar dan Family (tak ada dua orang budak merajuk !)

Family Pok De...  Along tak ada... Pok De pun tak ada... dia tak cuti...

Chik... tak tau la dia bawak diri ke mana... merajuk abis....

 Eh ada... dalam FB dia...

Raya Aidil Fitri 2014


Aku dan kakak... raya pertama...

Raya pertama... mereka kat rumah kami... Aku tak ada dalam pic.  Muka tah hapa hapa jer aku rasa... anak anak pun sibuk tak mau bergambar kali ini... tengok la perangai sorang sorang tu...  marah dengan abah mereka la... tak mau bergaya la...

 
Raya kedua...

Sehari sebelum raya... baby lahir...  tapi 34 minggu.  Now, masih di hospital Alor Setar.  Usus bocor.  Semasa melawat adik ipar di hospital... kelihatan ok saja.  Tapi tak tau la dalam hati... sebab sesampai aku ke katil dia, dia di hadapan adik aku, Pak Su, dia sedang makan nasi sambil mengelap air mata.  Jadi, aku benar benar tidak tahu apa perasaan dia... sebab bila aku dan adik aku yang lain, Pak Tam datang melawat,  dan buat gelak, mukanya ceria sahaja.  
Tidak pasti samada sedang melindungi hati gundah... atau apa apa la ... 

Ini pembedahan kedua dia... dari 5 orang anak.  Oh ya... baby boy... anak sedara terbaru aku dari adik terbongsu aku... 

Semoga baby dan ibu cepat sembuh dan balik rumah dengan cepat...

Aku tanya nama apa baby, mereka tak beritahu... jadi aku suruh letak jer nama... Mohd Akhir Ramadhan... hahahaha...

Oh ya... ada sorang anak dia dah nama Aidil... so, yang ini mungkin taruk nama lain la kot... Kita tungguuuuu....



Raya di rumah  Tok Su...

Rumah terbuka Tok Su

Raya kat rumah kak mar... tapi tuan rumah pi raya kat pulau... hahaha... baguih dok ado...

Sudahnya, aku beraya jer dengan adik beradik yang berkumpul kat sini... dengan mak... dan kak ani...