Search This Blog

Monday, October 29, 2012

Alhamdullilah...

Abis juga raya haji...

27hb Oktober.... sama seperti tahun tahun lepas, anak aku dan hubby sambut birthday bersama.  Tahun ni hubby 41 tahun dan si Najmi 4+1 tahun.  Cantik nombor ?

Kami sambut di Taiping kerana kami beraya di sana.  Makan mee kuah dan kek SR sahaja.  Penuh dengan adik beradik hubby la...

Apa nak citer ?  Hormon aku dah ok dah !

Petang sebelum raya, hubby ajak balik, aku merajuk.  Tapi bila hubby marah marah, aku pun pack barang nak balik.  Bila aku ajak balik, dia pulak merajuk.  Aku biarkan.  Sampai malam, masing masing masih merajuk.

Esok pagi, hubby semayang subuh sambil bertakbir sorang diri.... sayuuuuuuu jer dengar dia bertakbir.

Lepas tu, dia ajak aku balik jugak.... hahahaha... tah hapa hapa...

Sehingga saat ini, perasaan sayang aku pada dia rasanya sangat banyak... sama seperti waktu waktu dulu... Dugaan rumah tangga ni banyak, tapi dengan kasih sayang... aku harap kami dapat harunginya...



3 comments:

  1. raya haji saya x meriah,smpi kampung dah takbir raya

    ReplyDelete
  2. Raya haji zar biasa biaa aje.. Makan daging sampai demam..:-)

    ReplyDelete