Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 9, 2012

Citer citer... anak anak sakit...


Ari tu, masa aku nak pegi KISDAR, si Amalia ni demam.  Tensen aku.  Masa nak pegi tu la panas badan dia mencanak.  Puas aku jelum dengan air asam bagai, tapi sejuk sat, panas balik.  Bila aku ke KISDAR, hubby bawa anak pi klinik.  Aku balik malam tu, tengok dia dah makin ok.  Alhamdullilah...
Seminggu dia tak sihat, asik tidor jer... buat aku rasa tak best.  Yer la, kalau tidak, sora dia jer yang dengar nyaring... menangis dan menjerit !
 

Malam marin plak, si kecik ni sakit gigi, tak leh tidor.  Dengan aku aku tak leh tido.  Yang nak gelaknya, cerita malam tu. Dia tak leh tidor, asik pusing sana pusing sini.  Bila aku tanya dia sakit apa, dia senyap.  Aku tanya sakit gigi ker ? Dia kata tidak.  Lepas tu dia kata dia susah nak bernafas.

Panik aku bila dia cakap dia susah nak bernafas.  Macam macam penyakit sekarang ni, buat aku asik asik check dada dia, takut tetiba tak bergerak.  Seram koooo...

Lepas tu aku bawak kat hubby.  Hubby pun panik.  Bila anak masih tak leh tidor, kami pun bersiap nak bawa ke klinik la.  Siap aku berpakaian, hubby dukung anak.  Tanya tanya semula, rupanya dia sakit gigi.  Hahahaha...

Salin balik baju, sambung tidor hubby aku.  Kesian kat aku ni, siap la kena tidorkan anak atas riba aku.

So, paginya aku bawa dia ke opis.  Siap tidor kat opis, agaknya ngantuk sebab tak tidor malam tu.  Gigi dia mungkin dah lega skit.  Bila klinik buka jer, aku terus pegi.  Masa kena cucuk bius tu, meraung gak la Najmi nih...  Doktor cabut dua batang.  Kalau ikutkan, doktor nak cabut semua.  Dia suruh bius penuh (pengsan) dan cabut semua... kos dalam 2K.

Nak buat gitu, boleh jer... tapi aku kesian kalau sampai tak ada gigi langsung.  Sebab koman koman, tunggul gigi ada, boleh juga la dia kunyah nasik tu.  Itu pun dia marah gigi dia tak ada kat depan tu, dia nak gigit apa tah tak buleh... hahaha...

Tapi tak apa, 'Buang gigi yang jahat tu... yang buat adik sakit... sekarang, adik tak sakit lagi, adik boleh tidor malam dah...', aku kata pada dia...


Posted by Picasa

2 comments:

  1. erk..knape nak cabut semua?

    kesian kalau anak sakit gigi sbb kita yg tua ni pun x tahan bila kena sakit gigi.so far sy takde pengalaman anak sakit gigi.harap2 takde lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab gigi dia semuanya bermasalah. Semuanya buruk... kat bawah tu jer yang ok skit... Doktor cadang supaya tak sakit lagi gigi. Rasanya tak perlu kot. Sebab nanti gigi tu gugur sendiri... diganti yang baru... tak sempat sakit la.

      Kalau sakit lagi, mungkin tak kesah la cabut...

      Delete