Search This Blog

Loading...

Sunday, April 24, 2016

Biarpun kita jangka, kita tetap kecewa...

Kekadang... hidup ni sukar... tapi ... teruskan saja la...



Dah beberapa kali kakak cakap macam ni.  Dulu, masa kakak kecik, kakak selalu nak lari dari rumah.  Now, kakak dah minta lagi.

Kami suami isteri dah tak tahu nak cakap apa lagi.

Dia dah besar.  Kalau dia rasakan itu yang terbaik untuk dia, kami tak dapat buat apa apa.  Lagi pun, biarlah dia pergi agar dia tak perlu menyakiti hati kami untuk membuat kami membenci dia.

Dia tidak berjaya buat kami benci, tapi dia berjaya buat kami sedih.

Kak Mar dah beritahu perkara ini akan berlaku.  Saya sendiri pun memang bersedia.  Tapi, tak jangka perkara ini akan cepat begini.  Kami fikir, mungkin selepas umur dia dalam 20 tahun ke atas... sekurangnya saya sempat bertemu dengan teman lelaki dia... atau sekurangnya saya boleh share atau nasihat dia tentang masalah hubungan lelaki perempuan.  Atau hingga dia kawin.

Mungkin saya tak boleh lalui dengan dia.

Cukuplah apa yang telah kami lalui.... segala kegembiraan bersama dia waktu dia kecil... segala galanya...

Dulu... kita pernah muda... biasa juga ingin lari dari rumah... ingin bebas tak mau kena marah... ingin buat apa saja.  Memang rasanya ramai orang begitu.

Jadi, bila kakak ada peluang untuk pergi dari kami, tentulah dia rasa itu yang terbaik untuk dia.

Tak apa...

Rasanya, air mata saya telah kering untuk dia...

Dari dia kecil... sampai dia besar... memang banyak air mata saya untuk dia.  Nasib baik lah saya bukan ibu kandung dia, mudahan dia tidak berdosa pada saya bila dia besar ni. 

Entah la... mungkin lepas lepas ni ada air mata semula... entah...

Buat masa sekarang... masih beku.  Banyak benda yang berlegar dalam kepala.... tak sempat nak fikir benda lain lagi sehingga benda tu berlaku.

Jadi, kita ikut arus saja dulu.

Kita melatah pun, nanti kita juga yang susah ...


Hmmmm....

Penat !

2 comments:

  1. sedih pula baca entry ni. Izan, kakak tu sebenarnya keliru.. at her age now dia sdg mencari identiti. kita kena byk sabar guna reverse psiokology, kena pandu dia baik baik. dia sedang memcabar kita sebagai ak ayah so mak ayah kena banyak sabar. doa utk dia byk byk. bacakan alfatihah utk dia hari hari.

    pujuk dengan kata kata baik baik.. wpun hati kita sedih tapi cubalah.. semoga Allah permudahkan.. in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak reti memujuk...

      Terima kasih zar.

      Delete