Search This Blog

Tuesday, April 26, 2016

Think positif to be positif...

Semalam, balik dari kerja, kakak berkurung dalam bilik.
Saya hantar msg wasap.  Beritahu yang berbincang dengan dia lepas saya solat maghrib.

Saya call hp tiada jawapan.  Saya ketuk bilik, tak dibuka.  Panggil makan, tak keluar.

Sabar saya makin menipis.

Wasap yang saya tulis semalam tidak blue tick.  Rasanya mungkin dia delete dan tak membacanya.

Semasa saya mengemas rumah dan menyidai kain, anak anak telah kelaparan minta nasi.  Jadi, somi buat keputusan untuk membeli makanan biarpun saya telah keluarkan daging yang keras dari peti ais dan telah pun masak nasi.

Tak apa la... ada tambahan lauk utk makan malam.  Saya teruskan memasak.

Hubby mencari cari kunci motor, tiada.  Dia bertanya kakak... tiada jawapan.  Saya minta pada kakak kunci motor dari luar.

Seketika kemudian, kakak letakkan kunci diluar pintu... dengan secara kasar.

Hubby geleng kepala.  Tahan marah.  Kesabaran saya semakin menipis.

Selepas solat maghrib, saya ketuk pintu lagi.  Ingin berbincang.  Kakak diamkan diri dan tak membuka pintu.  Saya tahu dia dengar.

Sabar saya jadi lebur !

Saya mula menghantar wasap... meluahkan rasa...

Selepas hubby selesai solat isyak, dia membebel bebel pada saya tentang sikap kakak.  Dia kecewa dengan kakak.

Lalu saya serahkan hp saya untuk dia baca wasap saya.  Apa yang dia bebelkan tu saya telah suarakan pada kakak.

Hubby terdiam selepas tu dan keluar bilik.  Saya ambil keputusan untuk tidor.  Malas nak fikir apa apa lagi.

Pagi tadi, seperti biasa saya kejut kakak.  Kakak menjawab tetapi pintu masih tidak dibuka.  Kesabaran saya yang saya pupuk malam tadi, kembali hilang.

Saya tendang pintu sekuat hati.  Sakit kaki saya.  Peduli dengan sakit kaki, hati saya lebih sakit.

Selepas hubby dan anak anak yang lain pergi sekolah, saya cuba lagi untuk berbicara dengan kakak.  Tapi kakak masih berdiam diri. Hanya terdengar esakkan saja dari pintu bilik.

Saya cari kunci bilik.  Nasib baik ada satu kunci yang sepadan.

Melihat bilik kakak yang gelap, saya buka lampu.  Kakak menangis dibirai katil, sembamkan muka di atas bantal.

Kemarahan saya hilang.

Saya panggil kakak.  Saya tarik tangan dia sehingga dia berdiri berhadapan dengan saya.

Saya peluk dia dengan erat.  Biar dia menangis di bahu saya.

Yer... saya sayangkan dia.

Saya besarkan dia dari kecil lagi.

Kakak cakap dia tak dapat tidor malam tadi kerana msg wasap saya yang mengecam dia.

Saya jelaskan pada dia ... tentang kenapa dia tidak dibenarkan masuk bilik waktu kami beramai ramai dalam bilik... ada waktu waktu tertentu tidak sesuai, jika itu yang dia rasa saya pinggirkan dia.

Kakak jelaskan, yang dia letak kunci di luar bilik kerana dia tidak berpakaian sempurna. 

Saya tanya dia, perlukah ada perbincangan dengan semua adik beradik dan jelaskan siapa kakak.

Saya tanyakan samada adik adik tahu ker siapa dia ?  Kata kakak, adik adik dah besar.  Mereka tahu sebab dengar dia bercakap dengan mak Pahang.  Hmmm...

Kakak tak mahu adik-adik tahu dia siapa.  Kakak cakap, dia nak balik Pahang jika saya beritahu pada adik adik siapa dia.  Jadi, saya tiada masalah.  Abaikan saja pertanyaan mereka.  Biar mereka tertanya tanya.  Selagi kita menafikan, tentu mereka tidak boleh buat apa apa.

Setelah lama kami berbual, saya minta diri utk ke pejabat.

Saya peluk dan cium kakak dan beritahu dia...

"Mama dan abah sayang kakak"
"Kakak kena ingat tu !"

Hmmm...

Saya harap dia boleh bertabah.  Sebab dia nak ambil periksa tahun ni.  Jangan sampai menjejaskan pelajaran dia...








Monday, April 25, 2016

Sabarlah hati...

Semalam, balik dari kerja, pukul 6.30.  Sapu luar rumah.  Masuk rumah, lihat dapur dan sinki berterabur.  Baju belum bersidai.

Ada dua dapur dan dua sinki.  Buat kerja pelan pelan.  Hubby dan Kak Ya pegi beli makanan.  Nasib baik, sebab dah tak larat nak masak dan rasanya tak sempat nak masak kalau anak kelaparan ni.

Saya basuh pinggan dan lap table top.  Sapu juga ruang dapur dan juga mop.  Entah kenapa la anak anak termasuk somi tu tak boleh buat kerja cermat skit... mesti ada saja berterabur milo dan sampah sampah kat lantai.

Saya ke dapur basah dan basuh lagi bekas bekas semalam.  Penat tu penat la... tapi buat jer la.  Nak suruh anak, karang hati ni terluka.  Baik tangan yang luka daripada hati terluka.

Abang datang mendekat dan tunjukkan bahunya ada parut hitam lebam sedikit.

"Kenapa ?", saya bertanya.
"Semalam kan abang dah cerita".  Saya tak ingat jika ada abang cerita.  Adik mie ada la cerita. Sepeninggalan saya pergi ke SP buat kerja sambilan, mereka bergaduh.

Abang cakap, kakak gigit bahu dia.

"Kenapa kakak gigit ?"

"Mana abang tau"


"Mesti abang gelak kat kakak ?"

"Tak la... abang lari bila kakak panggil"
"Kak Ya baling bola kena muka kakak, kakak pukul kak Ya.  Abang lari."
Yer, adik Mie juga lari.  Tapi adik Mie dah cerita semalam, kakak tendang dia, kepala dia kena pintu.

Saya tak tahu nak percaya yang mana satu.  Saya tanya, ada bengkak atau luka kat badan adik Mie? Kelihatan tak ada. 

"Kepala abang lebam", adu abang.  Saya belek kepala abang.  Memang ada tanda merah merah.  Saya tekan dan tanya samada sakit atau tidak ?  Dia kata sakit.  Kesiannya anak saya.

Saya tahu, mereka kalau bergaduh berlawan memang sangat kasar.  Tapi saya tak sangka Kakak akan buat begitu.

"Macam mana kakak buat sampai lebam paler abang ?"

"Kakak pijak kepala abang", kata abang lagi.

"Macam mana ?", saya bertanya sebab saya tak dapat bayangkan kakak jadi kakak yang macam dalam TV... sikap orang yang saya tidak suka... sikap orang yang kejam.

Abang suruh adik baring dalam kedudukan dia semalam.  Dan abang buat gaya nak pijak kepala adik.

Hmmmm...

Memang sangat melukakan bila melihat begitu.

Sampai hati kakak buat kat adik adiknya macam tu. 

Bukan sekali, dah banyak kali juga kakak berlawan dan pukul adiknya.  Selama ini saya buat tak tahu saja.  Memang kadang kadang melampau, tetapi saya tak mahu masuk campur.  

Dalam saya tak masuk campur macam ni pun, kakak masih kata saya macam macam...

Entah la...





Biasanya abang balik dengan kakak tengah hari.  Semalam abang nak balik dengan adik Mie pukul 6. Saya tak pasti samada abang masih bergaduh dengan kakak atau abang takut dok dengan kakak bersendirian.

Saya tak pasti dan saya tak tahu macam mana nak tanya.

Saya juga tak tahu nak buat apa sekarang.

Menyedihkan hati saya... tetapi...

Malam tadi, selepas solat maghrib, saya membaca msg kakak.   Rasa malas nak layan.  Tetapi, saya fikir, tiada kesudahan kalau buat tak tahu.  Saya ketuk bilik kakak, dengan niat nak berbual dan berterus terang.  Kakak kunci pintu dan berdiam diri.  Tak pasti samada dia tidur atau dia malas nak buka pintu.

Cara begitu memang sangat sangat melukakan  hati saya.  Dah banyak kali dia berkurung dan tidak buka pintu bila saya panggil.  Telah banyak kali juga dia menjawab dengan kasar bila saya panggil dia.  Tak apa la... mungkin saya bukan ibu kandung dia, dia tak berdosa dengan saya.

Ada beberapa sikap dia... yang melukakan hati saya sebagai ibu yang membesarkan dia.  Memang saya tak melahirkan dia, tapi saya membesarkan dia.  Dia memperlakukan saya seperti ... hmmm... sangat melukakan.

Saya cuba fikir, mungkin diusia remaja, buat sikap dia begitu.  Entah la... waktu dia sekolah rendah juga dia ada melukakan hati saya... saya saya rasa, tak ada anak akan buat begitu pada ibu mereka, tapi kakak buat.  Dia minta maaf... katanya itu usia dia kanak kanak.  Dia dah remaja, dah besar, dia tak akan buat lagi.  Now, dia buat lagi perkara perkara yang melukakan.

Beberapa kali abahnya merungut.  Saya mendiamkan diri.  Sebab saya tak tahu apa patut saya buat.

Saya hanya membalas msg kakak... meluahkan rasa.

Entah kakak faham atau tidak.  Saya tak tahu.

Pagi ini, kakak masih membentak bentak... masih buat muka.  Saya mendiamkan diri.  Hanya melihat kelakuan dia.

Kakak dah besar.  Tak boleh ditegur tak  boleh dimarah lagi.

Kalau anak sendiri, anak kecil, kita marah, kita tegur, anak akan kembali peluk sayang kita.  Anak orang, kita tak berani nak marah.  Bila kita tegur, dia terasa dia anak orang.  Kalau kita marah, dia kata kita tak sayang.  Sangat serba salah.  Abahnya salahkan saya kerana manjakan dia.

Hmmm...

Sabarlah hati...

Kalau kakak nak kembali bersama keluarganya, lepaskan dengan rela hati.  Mungkin itu terbaik untuk dia...

Sabarlah hati...

Kakak dah besar... kata somi saya...

Saya tak cerita pada abahnya pasal hal dia bergaduh dengan adik adik.  Kalau saya cerita, tentu jadi hal lain.  Biarlah...

Somi saya memang pantang kalau pukul anak anak dia.  Usah kata kakak, saya pun kena berjaga jaga untuk marah atau pukul anak depan dia.  Saya faham, dia jadi macam tu sebab dia sayang anak dan dia selalu tinggalkan kami.  Saya tak mahu ada kenangan sedih bila dia ingatkan anak.

Sebab tu, bila dia suruh itu ini berkaitan anak, saya diamkan diri.  Biar dia sendiri marah anak.  Biar dia sendiri yang stress.

Somi cakap... sekarang ni, kita mak ayah jadi hamba anak.  Anak anak tak mau tolong dia.

Hmmmm...

Bukan saya sorang... somi pun sama.  Saya dah malas nak fikir... kalau rasa tak mampu, jangan buat, tetapi jangan marah saya.  Marah sendiri anak sendiri !

Sebab tu, sesekali saya balik kerja... saya tidak pandang segala sepah dan pinggan serta habuk.

Saya terus masuk bilik... dan berehat !

PENAT OTAK !





Sunday, April 24, 2016

Biarpun kita jangka, kita tetap kecewa...

Kekadang... hidup ni sukar... tapi ... teruskan saja la...



Dah beberapa kali kakak cakap macam ni.  Dulu, masa kakak kecik, kakak selalu nak lari dari rumah.  Now, kakak dah minta lagi.

Kami suami isteri dah tak tahu nak cakap apa lagi.

Dia dah besar.  Kalau dia rasakan itu yang terbaik untuk dia, kami tak dapat buat apa apa.  Lagi pun, biarlah dia pergi agar dia tak perlu menyakiti hati kami untuk membuat kami membenci dia.

Dia tidak berjaya buat kami benci, tapi dia berjaya buat kami sedih.

Kak Mar dah beritahu perkara ini akan berlaku.  Saya sendiri pun memang bersedia.  Tapi, tak jangka perkara ini akan cepat begini.  Kami fikir, mungkin selepas umur dia dalam 20 tahun ke atas... sekurangnya saya sempat bertemu dengan teman lelaki dia... atau sekurangnya saya boleh share atau nasihat dia tentang masalah hubungan lelaki perempuan.  Atau hingga dia kawin.

Mungkin saya tak boleh lalui dengan dia.

Cukuplah apa yang telah kami lalui.... segala kegembiraan bersama dia waktu dia kecil... segala galanya...

Dulu... kita pernah muda... biasa juga ingin lari dari rumah... ingin bebas tak mau kena marah... ingin buat apa saja.  Memang rasanya ramai orang begitu.

Jadi, bila kakak ada peluang untuk pergi dari kami, tentulah dia rasa itu yang terbaik untuk dia.

Tak apa...

Rasanya, air mata saya telah kering untuk dia...

Dari dia kecil... sampai dia besar... memang banyak air mata saya untuk dia.  Nasib baik lah saya bukan ibu kandung dia, mudahan dia tidak berdosa pada saya bila dia besar ni. 

Entah la... mungkin lepas lepas ni ada air mata semula... entah...

Buat masa sekarang... masih beku.  Banyak benda yang berlegar dalam kepala.... tak sempat nak fikir benda lain lagi sehingga benda tu berlaku.

Jadi, kita ikut arus saja dulu.

Kita melatah pun, nanti kita juga yang susah ...


Hmmmm....

Penat !

Thursday, April 21, 2016

Nak try buat...

Save dulu :



HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
Kredit : http://www.azlitamasammanis.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Tuesday, April 19, 2016

Luahan..

Ada beberapa perkara berlaku hari ini buat saya gigil satu badan...
Saya cuba tahan marah... dengan berteleku di meja...

Nasib juga ada orang yang sudi mendengar...

Saya bz betul hari ini.  Dengan kerja kerja pejabat... biasa la tu.  Tak kesah pun dengan bz tu.  Memang saya selalu buat kerja gitu pun... cuma tak berapa gemar kalau orang tak faham kerja kita dan fikir kita mungkin tak buat apa apa...

Gitu kut...

Lagi satu... petang tadi, dah lepas perbincangan, kelam kabut nak balik ambil anak, tengok tengok ada orang block kereta.

Saya ambil gambar, letak dalam group.  Minta tolong alihkan kereta.

Memang rasa nak marah, tapi sabar jer la.

Ada dua kereta yang block buatkan saya tak boleh keluar.  Dia fikir lepas... tapi sebenarnya bagi orang yang tak cekap macam saya, memang sukar nak lepas kalau terpaksa selisih dalam sejengkal.  Memang rasa takut.  Takut kereta mereka calar atau takut kereta saya sendiri calar.  Kalau kereta orang yang block tu calar, masih boleh terima... tapi takut keter sebelah tu calar sebab saya dok undur sana sini tu... lagi nyusahkan saya, jadi lambat nak ambil anak.

Dah lepas keluarkan keter tu, saya ok la.  Ingatkan biasa la sebab hantar dalam group supaya cepat action, rupanya bos besar jadikan itu isu sebab mereka park dekat kawasan larangan parking.

Mereka marah saya sebab saya hantar gambar kereta tu menyebabkan mereka malu.

Hmmm...

Sabar jer la...

Dah marah tu satu hal... kata itu ini dalam group wasap utk lepas perasaan tu satu lagi hal...

Sudahnya saya left...

Senang citer...

Adeh adeh adeh...
 
Sendiri salah, menyalahkan orang lain...

Saturday, April 16, 2016

Luka kaki kak ya...

Kak Ya main basikal. Bawa laju, langgar bonggol, jatuh terseret kaki, luka. Kak Ya menangis kuat...

Itu cerita adik Mie bila saya balik pejabat petang tu. Saya letak ubat... Kak Ya menangis pedih, saya cuma tersenyum, adiknya sempat gelak.

Bukan tak simpati, tapi Kak Ya ni kekadang over.

Gambar bawah ni dah seminggu dah, tapi masih tak berapa ok. Mana nak ok, dia pegi berendam 3 beradik dalam kolam, mana tak kembang luka.

Lepas tu meraung balik.

Saya letak ubat, dia mengongoi nangis sakit.

Saya bo layan jer...

Nak ajar skit, jaga diri sendiri, sebab kita perempuan zaman sekarang kena kuat macam kuda, kena keras lebih dari besi, kena tabah lebih dari lelaki...

Huhuhu.... Sabor jer la dapat mama macam nih.

Friday, April 15, 2016

Dayah dah jadi isteri org...

Dayah adalah salah seorg student master yg sama sama bertungkus lumus buat master bersama saya. Dia pensyarah di itm melaka. Semoga dia bahagia...
Gambar dgn kak ya masa tunggu keter di service. Sempat lg tu...
Anak saya ni, nak jalan pkai tudung bawal dah... 


Wednesday, April 13, 2016

Mengajar ngajar...

Semalam mengajar staf klinik cara menggunakan excel untuk hasilkan report pivot.

Kurang berkesan kerana mereka tidak ada komputer/laptop sorang satu atau sekurangnya beberapa laptop untuk mereka cuba sendiri.



Walau bagaimana pun, untuk pendedahan, ini sudah memadai.  Mungkin mereka perlu satu lagi sesi untuk menghasilkan report dengan cara datang ke kampus... semua fasiliti disediakan... hehehe...


Errr...

Bayaran tak dapat apa satu lagi...
Duit dah banyak abis ulang alik... huhuhu...

Sabor jer la...




Monday, April 4, 2016

Kenangan lama...

Semalam, bos lamaaaa sangat datang opis kerana lawatan kerja jabatan dia.  Sesambil tu dia cari kawan kawan lama.  Termasuk la saya.

Bos lama saya tu yang sebelah kanan saya.  Orangnya masih seperti dulu kali pertama saya jumpa.  Masa saya di bawah dia, rasanya dia masih bujang.  

Bila dia kawin, dia berpindah kerja ke Perak mengikut suami dia.

Until now, dia masih di sana.  Bahagia dengan beberapa anak yang comel dan bermata sepet seperti dia... hahahaha...  (macam la saya mata bulat... anak anak saya juga bermata sepet... dah la sepet, kurang cerah plak tu... alahai...)

Teringat saya waktu saya mula masuk kerja sekarang.  Tahun 1997.  Waktu tu saya baru jer kawin.  Kiranya masih dalam fasa honeymoon.  Dah berpisah plak dengan somi.  Memang sedih la.

Tahun 1997, zaman IRC, MIRC, Kedai Kopi, #kampung dan macam macam lagi tempat lepak budak IT.

Termasuk saya juga... melepak kat situ buang masa sebab bosan.

Kerja saya waktu awal awalnya kurang mencabar.  Jadi, banyak sangat masa terluang, sebab tu saya mengular saja.

Bos saya yang ini siap pesan kat saya, jangan main internet masa kerja.  Siap pula saya tanya... "Errr... main internet ni ada kenaikan bil ker ? " ... mungkin ayat lain tetapi maksud yang sama.  Muka dia berubah.  Sungguh, saya bertanya ikhlas sebab saya tak tahu.  Internet waktu tu sangat baru  bagi saya.

Selepas bos besar saya, En G waktu mendapat report dari orang lain yang mengata ngata diri saya, lantas dia selalu beri kerja pada saya.  Sungguh, kerjanya tidak mampu membuat saya hilang bosan.  Setiap kerja yang dia beri, saya buat dengan pantas.  Kalau tak siap waktu kerja, saya akan stayback sampai malam.  Yer la... dah somi tak ada... nak balik umah pun bosan !

Siap En G tanya saya, kenapa saya siapkan kerja cepat sangat... tak sempat dia nak bagi kerja lain.  Hahahaha... pantas kan ?

Lepas tu baru la saya join projek projek luar... untuk menambah pendapatan dan juga mengisi masa saya.

Lama lama zaman tu berubah juga... IRC, kedai kopi dan lain lain makin pupus... sampai la sekarang ni pupus terus.

Memula tu saya berkawan dengan geng blogger...now, orang sibuk dengan FB, whatapps dll...

Kebanyakkan kawan yang saya kawan adalah geng IT yang dapat membantu saya belajar IT, buat website, portal, linux dll programming yang baru.

Kepada yang tak tau, memang mengata saya suka CHAT... hahaha... apa apa la...

Mulut orang mana boleh tutup... kan ?

Asalkan saya buat kerja... dan siap kerja saya... dan tak kacau orang .... juga tak menyembang kuat kuat... ok la tu. 

Kan ?





Saturday, April 2, 2016

Kerja sambilan...

Semalam hari kedua saya ke sp. Ada join projek freelance.  Ok juga dapat ke sana, dapat jengok mak dan kak mar.

Kelmarin kak mar tak sihat, masuk air. Katanya darah rendah dan pening serta gigil dan lemah sebelah badan. Waktu saya pergi, abg dan kak mie juga ada... Melawat kak mar. Saya lihat kak mar rancak berbual. Maknanya, dia sihat la tu. Saya jengok mak. Seperti biasa la, mak mengadu itu ini.

Mungkin saya akan kerap ke sp nanti...

Semoga projek berjalan lancar dan saya dimurahkan rezeki....serta bahagia...