Search This Blog

Thursday, November 27, 2014

Khatan...



Utk khatan anak, kami mencari beberapa tempat yang baik supaya mereka tidak sakit sangat dan cepat sembuh.  Kami ingin dapatkan yang terbaik utk anak anak kami.

Bila tahu yang terbaik adalah kaedah LASER, jadi, kami survey la.  Last last dapat tahu klinik dalam kampus pun sediakan perkhidmatan tu... apa lagi, terus book.

Adik Mie yang selama ini tak mau dengar perkataan sunat atau potong kot* pun, dah ok jer.  Macam konfiden jer tanya bila tarikh sunat mereka.  Amboiii...

Pagi Selasa tu, dengan semangat mereka bangun pagi dan mandi.  Aku siapkan kain pelikat setiap seorang.

Sampai klinik, ada sorang budak sedang disunatkan. 

Mereka disuruh ke toilet, buang air kecil dulu.

Lepas tu, bila tiba masa, adik Mie dan Abang rasa lapar pulak.  Siap tak boleh tahan tahan lagi.

Aku dah mula senyum.  Bawa mereka makan dulu.  Tak abis pun mereka makan.

Lepas tu bawa mereka balik semula ke klinik.  Minta mereka masuk.  Pucat adik Mie. Mereka mengadu sakit perut plak.  Dok berkurung dalam bilik air dua dua orang.

Hahahaha... aku dah gelak dah.  Tapi pujuk tu pujuk jugak.

Lepas keluar bilik air, abang suruh adik dulu, adik suruh abang dulu.  Kami suruh masuk dua dua, lari plak.

Adoiii la.  Aku pujuk jugak jugak si abang.

Sebelum ni, kebanyakkan kawan abang dah sunat.  Jadi, dia mengaku dia dah sunat pada kawan kawan dia.

"Abang tak mau sunat hari ni, tahun depan mama cakap pada kawan abang, abang belum sunat lagi"

Muka abang berubah.  Aku tarik tangan abang.  Dalam keterpaksaan, abang masuk juga bilik sunat.

Adik Mie terus menjauh.  Keliling tak dok diam kat luar tu.  Bila abang start sunat, abah dia bawa berjalan entah kemana tah.

Bila abang dah selesai sunat, nak minta adik Mie sunat memang tak nampak jalan.  Nak pegang jer dia lari.

Aduiii la...

Tak apa la... lain kali jer la...

"Adik Mie nak sunat masa Darjah 3 !"

Itu kata dia selepas kami cakap nak bawa dia sunat esoknya.

Oh ya... lazer atau clamp atau biasa... aku tak tahu mana yang paling bagus.  Tapi, untuk anak yang tiada masalah 'BUTA', rasanya mana mana kaedah jadi mudah.  Mana mana anak yang ada masalah BUTA, biarpun laser pun, masih aku lihat teruk jugak... ngeri....

Entah... aku tak pernah tengok anak orang lain punya sunat...  Adik aku sendiri pun aku tengok sekali jer... dari jauh jauh gitu.

Ini anak sendiri, terpaksalah belek dan cuci.

Sepatutnya, kalau dua dua sunat serentak, boleh la aku buat perbandingan antara yang BUTA dan tidak, tapi sebab adik Mie tu takut sangat, jadi, sorang saja la terlepas.

Oh ya... Adik Mie punya tak buta... rasanya mudah skit dan senang jaga kot.

Entah... aku rasa jer la... kena tunggu 2 tahun lagi nampaknya adik Mie tu...  kalau dia tak mau jugak sunat, nanti aku biarkan sunat tingkatan 3 atau 5 jer... biar dia pegi sendiri dan naik sendiri jer kat meja sunat tu... hahahaha...






2 comments:

  1. hehehe.. suami saya masa terangkan pasal sunat kat aqil dia takde sebut pasal potong2 pun..dia terangkan kenapa kena sunat.. doktor buat macam mana.. cakap just sakit sikit etc.. so aqil sangat excited nak bersunat. even naik sendiri atas katil doktor tu.. cuma masa proses tu of course la meraung.. ni dah hari kelima nak bukak clamp tu dah tak sakit katanya.. should be okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kalau sorang tu, ok jer. Ini berdua... itu yang jadi tolak menolak tu. Hehehe... apa apa pun, ok jer dah lepas sorang. Si adik, biarpun tengok anu abang tu luka gitu... tapi tak ada pulak cakap tak mau terus... tetap cakap nak sunat juga... tunggu darjah 3 dulu... ok la tu... Lagi pun memang dia penakut sangat... bukan takat sunat, orang nak sembur ubat nyamuk (fogus) pun buleh melilau larik tak ketahuan... hahaha....

      Delete