Search This Blog

Tuesday, November 11, 2014

Karma ?

Lama juga aku tak hapdet blog nih.  Sibuk le kononnya... padahal dok layan FB dan wasap... sampai malas nak post apa apa...

Tapi, hari ini aku nak cerita something... yang ceritanya membuat hati aku rasa nyilu...

Pagi tadi, aku pi beli makanan sorang sorang.  Jumpa kawan lama... sesekali sahaja sembang.  Dia tanyakan pasal Amalia.  Aritu aku ada mengadu pada dia pasal Amalia yang tak mau masuk kelas.  Dia beri la petua itu ini... katanya, cuba beri hadiah pada anak.

Aku pegi hari tu juga ke sekolah, dan beri hadiah pada anak kononnya dari cikgu dia yang garang tu. Supaya dia lebih suka pada cikgu tu.

Hmmm...

Ada la perubahan sehari dua...

Tapi, lama lama, dia makin besar... ok la ... dah rajin pegi sekolah, biarpun kadang kadang pagi pagi masih mengamuk masa bangun tidor.  Kadang kadang ok jer, orang tak kejut lagi, dia dah bangun dah.

Cerita hal yang lain, pasal dia kena pi mesyuarat kat sekolah, tetapi dia clash dengan meeting kat opis.

"Kenapa tak suruh somi pi meeting tu ?", spontan aku bertanya.

"Tak tau ker ? Saya dah lama dah dok sorang. Dah 10 tahun..."

Eh... la... aku ni teruk betul.  Tak tau langsung pasal dia.  Yer la... mana la aku nak tahu... kalau tak ada orang cerita.

Aku tanya, kenapa dia tak kawin semula.  Katanya, tak terbuka hati dia untuk terima orang lain.  Hatinya hanya ada pada suami... eh... ex suami dia sahaja.

"Insya-Allah, dalam waktu terdekat, kalau ada jodoh, kami kawin semula"
"Kelihatan, Allah aturkan sesuatu dalam hidup saya, saya akan ikut sahaja"
"Saya tak hubungi ex suami saya sebab saya mahu lupakan dia dan dia lupakan saya"
"Tetapi, Allah mengatur yang lain... entah apa sebabnya, sepeninggalan saya berkursus, ayah kepada anak anak saya sanggup tinggal dengan mereka dan menjaga mereka."
"Dan perempuan tu call marah marah... tak senang duduk agaknya bila suami dok seminggu dengan anak sendiri"

Hehehe... aku gelak sahaja.

Aku galakkan dia kawin semula, tak kiralah dengan siapa pun.  Katanya, bukan tak ada lelaki lain yang mendekat, malahan ada yang hingga menghantar cincin, tapi masalahnya Allah tak buka hati dia.

"Tak apa... kawin la dengan ex-suami tu... saya sokong jer"
"Perempuan yang pernah merampas suami orang, kalau berlaku pada dia... dia akan lebih teruk dari isteri pertama !", kataku.

"Yer..", dia akui.  
"Betul, pernah perempuan tu kata, waktu mereka belum kawin, Kak... kalau somi saya nak kawin lagi, saya carikan isteri untuk dia !".

Amboiii... Aku yang mendengar ni pun rasa sakit nyilu dalam hati... berani betul perempuan tu berkata kata ! Macam la takdir tu tak reverse kena pada dia pulak...

"Jadi... saya lebih galakan... kawin la semula dengan bekas suami.  Demi anak... dan mungkin itu caranya Allah nak balas balik perlakuan dia..."

"Tapi dulu kenapa berpisah yer ? Tak boleh terima suami kawin dua atau suami bermasalah ?" , tanya aku ingin tahu.


"Dua dua..."
"Tapi, berpisah pun ada kebaikkan.  Dia telah berubah banyak.  Lebih bertanggung jawab.  Dia boleh beri nafkah 1000 lebih pada anak anaknya setiap bulan.  Kalau masih bersama, dia lepas tangan saja"

Hmmm... lelaki...

Betul la tu... kalau lelaki yang teruk, berpisah lebih baik.  Bila berpisah, kita boleh tuntut di mahkamah nafkah anak.  Kalau kita masih bersama, biasanya... menyakitkan hati kita jer.

Tapi yer la... dia antara orang yang bernasib baik, ayah anak anak dia nak bagi nafkah.  Ayah anak orang lain lagi teruk... usah kata nak bagi nafkah, nak bagi tengok anak pun tak boleh... kesian kat Honey...

Apa apa pun, aku doakan yang terbaik untuk kawan aku.

"Insya-Allah, kalau jadi, dalam waktu terdekat ni."

"Jangan lupa cakap tau !", kataku, terlebih excited agaknya.

Aku pegang dadanya...
"Bersedialah untuk disakiti... dan berperang... sebab perempuan yang pernah buat jahat dengan orang lain... memang dia tu jahat dan lebih teruk dari isteri pertama meroyannya bila suami kawin lagi !"


"Kak... kalau somi saya nak kawin lagi, saya carikan isteri untuk dia ", tak kena kat dia... cakap la.  Kena kat dia... baru la padan muka... 


HAHAHAHA... GELAK SETAN SUDAH KELUAR !!!



2 comments:

  1. HEBAT, KISAH MASYARAKAT YG JARANG KITA JUMPA
    SY HARAP AKAK TU KAWEN BALIK NGN EX DIA
    BIARLAH DIA JD BINI MUDA N HIDUP BAHAGIA

    ReplyDelete