Blog ini telah diarkibkan sebanyak 3 kali... menunjukkan dah banyak sangat entry dalam tu... first time berblog pada 27/8/2005... dan aktif sampai sekarang. Mulanya cerita berkisar berkaitan anak... sebab tu dinamakan PERMATA... tetapi sesuai dengan umur blog dan umur anak... cerita mengenai mereka dah agak berkurangan... tapi aku masih ingin bercerita... jadilah blog ini tanpa tema. Apa saja yang aku fikir, aku akan ceritakan dan kongsi di sini...
Search This Blog
Sunday, September 14, 2014
TAAT SELAGI TAK MELANGGAR SYARIAT VS TAAT KEPADA SURUHAN SYARIAT
Sambungan daripada posting lepas.
PANDANGAN PERIBADI SAYA :
TAAT SELAGI TAK MELANGGAR SYARIAT VS TAAT KEPADA SURUHAN SYARIAT
Selalu orang cakap... 'kena taat selagi tak melanggar syariat'. TAPI AYAT YANG LEBIH LOGIK ... 'kena taat berkaitan kepada suruhan syariat'... Jauh sangat lari makna tuh...
Konsep TAAT KEPADA SURUHAN SYARIAT menjadikan hukum ini tidak mengelirukan kepada orang seperti saya sebab "berkaitan kenapa isteri perlu taat kepada arahan suami, kerana suami menanggung dosa isteri."
Sebagai contoh, somi suruh sembahyang... kita kena taat... sebab somi tanggung dosa kalau kita tak buat, jadi jatuh dosa tak taat. Tapi, somi suruh kemas rumah... kita tak buat... somi tak ada la perlu tanggung dosa itu... jadi kita tak ada dosa tidak taat, cuma tak baik la lawan cakap somi. Baru la nampak logik akalnya...
Kerana menggunakan hukum "TAAT SELAGI TAK MELANGGAR SYARIAT", menyebabkan suami menyalahguna kuasa mereka untuk memerintah isteri. Bila kita tidak buat sesuatu arahan mereka, mereka yang menggunakan kuasa sebagai suami, menyalahgunakan hukum TAAT dan DERHAKA tu.
Note: Walaubagaimanapun, suami tak selamanya tanggung dosa kalau isteri tak buat yang syariat jika somi telah suruh dan isteri berdegil. Aturan utk menyuruh dan apakah dendanya perlu dirujuk dalam artikel lain.
Begitu juga hak suami utk isteri mengikut ke mana dia pergi. HAK SUAMI adalah hak supaya isteri tinggal sekali dengan dia dan ikut dia berpindah kemana dia pergi. TAPIIII... suami tiada hak istimewa untuk mengarah isteri ikut balik kampung atas title suami dan menjatuhkan kata isteri DURHAKA atau tidak TAAT kepada isteri kerana isteri tak mau balik kg suami.
Saya ada terbaca beberapa keluhan isteri yang suaminya tidak bertanggung jawab (penagih atau pemalas misalnya), tetapi tidak mahu berpisah (sebab anak mungkin) dan sebolehnya ingin menjadi isteri yang solehah. Mereka terdesak kerana tidak mampu menanggung beban sebagai pencari nafkah dan terpaksa mengikut arahan suami kerana bimbang tidak taat/derhaka kerana tidak melaksanakan permintaan suami utk memastikan rumah kemas, makanan disediakan dan lain-lain.
Kesian betul kita sebagai isteri jika mendapat suami yang begitu, serta kita pula tidak memahami hukum. Masyarakat hanya menyalahkan isteri serta menuntut utk redha dan buat saja semua kerja dengan dakwaan kerja rumah itu tugas isteri dan tanggungjawab isteri. Jika tidak dilaksanakan, berdosa. Sehinggakan ada yang mencadangkan dia berpisah sahaja. Sedangkan dia tanya hukum dia tak buat kerja rumah, adakah berdosa ?
Betul la tu... patut berpisah sahaja, tapi bukan sebab dosa dia kalau tetap bersama tetapi tak dapat taat pada suami, tapi kerana itu yang terbaik daripada bersuamikan orang yang tidak menghargai dan tidak bertanggung jawab.
Kesian... masyarakat pun teruk !
Kepada isteri isteri... saya harap... jangan takut untuk mempertahankan hak kita. Kita tidak berdosa derhaka/taat dan jangan sangat sangat takut.
Ada kes suami yang sangat bertanggung jawab, beristeri dua. Kalau kita rasa kita tidak dapat taat pada suami, dalam kes yang betul maksud taatnya, contohnya, bila kita dah sangat sangat marah, kita tak mau 'layan' dia, itu baru kita jatuh dosa tak taat, makanya, kalau kita nak, boleh la minta dia lepaskan kita dengan cara baik. Tetapiii... kita tak la boleh minta cerai sebab dia kawin dua. Salah... Walaubagaimanapun, hak talak masih terletak ditangan suami, alkisahnya.
Senang masuk syurga jadi perempuan ??? Hmmm... seksanya jadi perempuan zaman akhir zaman. Kekadang kahwin bukan jadi menyebab pahala bertambah, entah entah dosa berganda, pahala sedekah katanya bertabur sebab mengungkit.
Itu sahaja yang saya faham. Jika salah, maafkan saya...
p/s : Jika somi sorang keje, isteri plak dok umah pomaleh popaleh, malas masak, malas kemas umah, malas jaga anak... apa lagi nak simpan ? Kan ? Memang la bukan tugas isteri buat, tapi kalau dah sampai pomaleh gitu... cari la yang rajin.
I rest my case !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment