Search This Blog

Tuesday, September 23, 2014

Special from someone special...



Oh... aku jarang beli barang kemas.  Rasanya tak ada barang emas yang aku beli sendiri sekarang.  Semuanya orang beri.  Banyak yang hilang pun.  Sedih kan ?

Cincin kawin aku hilang masa aku pi amik air sembahyang kat bilik air di UPSI.  Cis !

Cincin mak aku bagi, yang mahal beserta dengan gelang kaki dan apa tah lagi tak ingat aku pun hilang agaknya.  Semasa aku bersalinkan Amalia, aku suruh hubby simpan.  Bila aku balik dari hospital setelah 2 bulan bertapa kat sana tu, tau tau barang kemas aku anak main, tak tau dok mana dah.  Isk...

So, yang tinggal pun gelang yang mak dan aku pilih lepas dapat duit pajak ladang kelapa sawit mak dan ayah aku tu.  Duit pajak tu dibahagi adik beradik skit sorang.  Jadi, aku yang tak tau nak buat apa dengan duit tu, beli la gelang tangan tu dengan mak.

Cincin di jari manis aku tu cincin tunang.  Mak ai... lamanya kan ?  Hahaha.. tak hilang plak yang ini.  Nasib baik sebab masa aku pakai cincin kawin yang dua pasang masa tu rasa tak tau nak letak kat mana cincin ni, lagi pun masa beli ni, bakal tunang aku waktu tu tak bawak aku, suka suka jer dia beli tak ukur kat jari aku.  Sudahnya cincin tu besar yang amat.  Tak muat kat jari aku masa anak dara... yer la... masa anak dara kurus dan runcing jer jari. Hahaha...

Now, cincin tunang tu elok jer masuk kat jari manis aku.  Gemok dah aku ni.  Sib baik tunang aku waktu tu tak bawak  aku... HAHAHAHA... TUNANG ???? Geli !!!!

Cincin melingkar tu pulak pemberian dari mak.  Orang yang istimewa di hati aku....

Mak aku yang dah tua tu nak beri barang barang yang dia ada kepada kami anak anak dia.  Aku dah terasa rasa mak aku rasa hidupnya dah tak lama... eeee... sedihnya.

Sebelum ni, dia nak jual barang kemas dia utk sapa sapa yang sudi beli sebab dia nak duit tu untuk disedekahkan atau dibuat kenduri atau dibuat sedekah pada masjid dll pahala yang berterusan.

Ada lagi la seurat dua barang kemas mak yang mak nak jual.  Mana mana yang ada lagi tu mak nak beri pada anak anak dia.

Eeee... sedih la aku citer bab gini.  Terasa macam tak lama dah masa kami bersama mak...

Mak cakap... nanti beli la apa apa (eg tanah utk pembinaan masjid dll) untuk dihadiahkan/sedekahkan pada mak, keluarga mak, ayah dan keluarga ayah aku.

Isk... mak dah tua...

Bila lihat wajah mak... terasa sangat sangat tua dah mak sekarang...

Wajah mak masa muda sangat cantik.... comel...

Now, mak dah banyak kedut...

Sejak ayah aku tak ada, mak sendiri jer dalam bilik dia.  Biarpun dengan bicara yang sukar difahami, mak sangat suka bercerita.

Cerita mak mengenai masa lalu mak.  Masa mak jumpa ayah aku.  Masa dia kecik.  Masa kami kecik dan macam macam.  Ada yang aku tak faham... dan aku hanya mengangguk.  Senyum.  Pandang mak... dan aku tahu tentu mak tahu aku tak faham apa yang mak cakap... Cuma aku ingin dengar mak bercerita sahaja...

Isk...

Sedih plak citer gini...

Air mata mengalir plak dalam opis sambil dengar lagu rancak dalam komputer nih... apa la !!!!


2 comments:

  1. mak akak mgkin mcm nenek saya sekarang
    suka berpesan2
    kami dgr jelah, ntah esok lusa mgkin nenek akan tinggalkan kami

    ReplyDelete