Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

MAKNA TAAT KEPADA SUAMI...

Ini soalan :

Saya keliru skit la kawan kawan berkaitan bab TAAT KEPADA SUAMI.

Bukan tanggung jawab isteri menyediakan makan pakai suami, tapi kalau suami suruh, isteri kena taat... dalam erti kata lain... wajib taat...

Betul ker ?

Bagaimana ayat asal bukan tanggungjawab tetapi jadi tanggungjawab bila disuruh suami ?

Saya salah faham ker ?



Setakat mana makna TAAT dan ruang lingkup TAAT tu sendiri ?  Adakah somi suruh lompat katak, kita kena lompat (hahaha... kena gelak nih !) sebab ianya tidak melanggar syariat ?  Adakah somi suruh basuh keter, kena buat sebab tak langgar syariat ?


p/s : Dengar ceramah UAI, keliru sekejap saya nih.


Taat lain spt, jangan keluar rumah dan seumpamanya tu memang JELAS !

 
Dan ini jawapan dari kawan kawan saya :

Jawapan 1 :  
Hahaha...... dia suruh....asalkan tu mmg lumrahnya sokmo2 pompuan duk buat keje tu x membahayakan...x langgar syariat ..disediakan bhn yg nak dibuat....buat la taat le..... x buat kira dosa... bab basuh keta... sokmo2 mmg keje pompuan ke....cu tanya cik somi.... sediakan tmpat sesuai utk basuh keta.... bab masak.....kalau bhn rencahnya dah dibeli ...kena masak le...x beli... kena bg duit beli. ..nak argue pnjng benar...jadi aku .x suruh pun buat kalau tu mmg aku boleh buat.... anggap penat lelah jerih payah sedekah utk somi.... buat kerana mende tu ibadah...kerana Allah....sbb nak ikut kan yg patut suami sedia ikut kmampuan dia jer....kita kerja pun dengan keizinannya.... maknanya tolak ansur...dia kawin ngan kita pun dia tahu kita mmg berkerjaya maknanya dia setuju le tu.... 

( Soalan semula : Ada orang kata... wajib taat... walaupun somi dia penagih dadah ! Katalah somi dia suruh dia masak adakah wajib dan berdosa kalau dia tak buat ? Sedangkan ada ayat kata kalau somi dia sediakan bahan tu dia wajib la buat... ini bukan somi dia sediakan, dia sendiri beli semua guna duit dia (almaklumlah penagih dadah)... adakah jatuh wajib buat dan berdosa juga dia tak masak ?)
 
Jawapan 2 : 
Kalau dah barang isteri beli maka nafkah bukan diuruskan oleh suami.... yg aku tau ada 2 pilihan la...kalau masih nak bersama ngan suami mcm tu maknanya kena masak la....kalau x nak taat lg maka bubarkan perkahwinan. ... itu yg aku pernah dngar...nak lg detail kena tanya org yg ahli la....


Jawapan 3 :  
Ya jgn amik sekerat sekerat. Wwpun kita ni hak.mutlak suami tapi suamilaah yg paling mudah masuk.neraka kalau salah guna hak mutlak tu. Taat tu lebih kepada taat kepaada suruhan syariat. Kalau suami kata tutup aurat tapi isteri degil nak mampus nk tutup aurat konon berlawa lawa utk suaami maka isteri dh derhaka. Sama juga arahan suruh solat suruh puaasa suruh memgaji agama suruh dengar ceramah. 


Ok... nanti kita cari lagi jawapan yang bernas yer !  Yang tanya dan yang jawab ni bukan ustat/ustazah... jadi, jangan jadikan rujukan muktamad.  Sila cari sumber lain.

p/s : Sebab yakin Allah tidak kejam kepada hambanya.  Kalau hukum yang kita dengar tu seperti kejam, itu bukan bermakna Allah kejam, tetapi mungkin salah ustaz yang memberi penjelasan atau salah kita yang tak faham atau kita yang ngaji separuh separuh.

--------------

Sambungan lagi :

Jawapan 4 : 
Dlm Islam, tugas dan tanggungjwb suami bg nafkah pd anak isteri, perlindungan keselamatan, rumah dan pakaian. Juga sediakan org gaji utk urus bab2 rumahtangga. Klu isteri sanggup wat keja rumah, itu dikira sedekah. Malah klu isteri lapar, suami yg kena sediakan mknan utk isteri. Ada riwayat sahih Rasulullah xpernah paksa isteri sediakan mkn minum baginda. 

Malah kerap baginda yg sinsing lengan jubah canaikan roti utk isterinya. Harta isteri hak mutlaknya. Suami xbleh lnsng sentuh harta isteri wlu sesen tanpa kebenaran. Isteri juga xwajib istihar pd suami jumlah harta2nya. Tp suami kena belanjakan hingga ke sen terakhir yg dimilikinya utk anak isteri. Klu msh xckp, suami wajib cr wang wlu terpaksa meminjam atau menjual hartanya. Ketaatan pula mksd taat suruhan suami berkaitan syariat dan hak suami (sembahyang, puasa, tutup aurat, tuntut ilmu agama, jaga rumah dan harta suami, jaga anak2, jgn kuar rumah tanpa kebenaran, jgn bg org asing msk rumah, jgn berckp dgn lelaki bkn muhrim, ikut suami kemana shj dia pindah, penuhi seksual suami klu tiada keuzuran). 
Klu isteri enggan taat pd suruhan berkaitan syariat dan hak2 suami itu, maka derhaka dan berdosa isteri itu. Klu suami xsuruh isteri wat yg syariat, atau isteri xtahu wat tp suami xmahu ajarkan atau crkan guru, atau xbenarkan isteri pergi tuntut ilmu, br suami kena tanggung dosa isteri. Klu dia dah suruh tp isteri tetap degil xmau ikut syariat, dosa isteri kena tanggung sendiri. Dah xjatuh atas suami.
Jika isteri enggan sediakan mkn minum suami, tidak jatuh derhaka. Xwajib taat wat kerja2 rumah seperti mengemas rumah atau basuh kain baju. Keja2 tu semua hanyalah sumbangan isteri pd suami. Isteri dpt pahala sedekah klu wat semua tu. Terdapat suami yg salah guna konsep taat, iaitu isteri wajib ikut semua suruhan suami selagi bkn perkara maksiat wlupun bkn yg syariat dan hak suami, mereka itu xfaham agama, salah tafsir, khilaf dan pembuli bini.




3 comments:

  1. NTAHLAH, BG SAYA MUDAH JE
    NAK BUAT.. BUAT
    XNAK BUAT..X YAH BUAT
    SENDIRI FIKIR
    ALLAH X KEJAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau somi tak pertikaikan waktu kita tak mau buat, tiada masalah. Hehehe...

      Delete