Search This Blog

Sunday, September 21, 2014

Nak cakap... tapi tak terluah...

Hmmm....

Aku dah dapat respon dari seseorang yang nak 'cuba untuk disayangi' oleh suami aku.

Tapi, syarat utama dia dah tak lulus. 

Aku tetap cuba untuk beritahu hubby.  Malangnya, tak sempat aku nak tunjuk gambar, apa lagi bercerita hal selanjutnya, dia buat tak tau jer pada kata kata aku.

"Abang... abang nak kawin lagi satu ker kalau saya izinkan ?", aku mulakan kata semasa kami baring baring atas tilam tanpa sorang pun anak melingkar sekeliling kami.

Dia marah, dan berpaling membelakangkan aku.  Aiceh... aku senyum sendiri.  Aku cuba terbalikkan badannya, tak berjaya.  Berat jugak la dia... lagipun dia keraskan badan. 

Jadi, aku menjengokkan kepala ke muka dia.

Dan aku lihat muka dia, tersenyum...  CEH !!!

Hahaha...
 
Yer la...

Aku tak tahu bagaimana nak cakap dengan dia lagi.  Karang tak pasal pasal bergaduh plak.  Elok elok berkawan baik, karang bertengkar atas sebab yang tak sepatutnya...

Hmmm... bior dulu la.  Nanti ada waktu sesuai, aku cuba test lagi. 

Yer la, somi siapa la nak cakap terus terang dia nak kawin tu kan ?  Somi giler kot ?

"Elehhh... senyum senyum tu teringat nak malam pertama lagi sekali la tu !"

Aku cakap kat dia... lagi lebar senyum dia.  Lepas tu dia marah aku. 

Pura pura kot ?

Entah....

Jadi, bila dia tak suka... itu tanda baik.

Orang kata jangan menguji lelaki.  Tapi... hmmmm... yer la... bila perkahwinan tidak bermula dengan cinta, kekadang terasa juga ingin tahu sejauh mana hati dia... kan ?

Korang tak tahu kan sebab korang bercinta dengan suami sebelum kawin, kan ? 

Aku cinta suami aku selepas kawin... eh... cinta ker sayang ? Entah la.  Aku sendiri tak tahu.

Tapi, bila menguji hati sendiri begini, rupanya baru aku tahu yang aku masih ada rasa 'ting' pada dia biarpun kekadang rasa 'ting' dalam hati tu aku fikir dah hilang.

Korang tahu rasa 'ting !' tu ?

Itu rasa macam jantung kita dipukul dengan sesuatu...  dan dia berdenyut laju dengan tiba tiba.

Hahahaha...

Tah hapa hapa jer.  Lama dah tak rasa gitu !









4 comments:

  1. hi..salam ukhuwah..

    kisah benar ke ni...tabah nya hati ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabah apa ?

      Hehehe... salam perkenalan. Confius dengan sorang lagi angah nih... http://angah.blogspot.com/ ... dah la muka semacam jer.

      If u know me, then u think i'm crazy.... hehehe... akak bukan tabah !

      Delete