Hubungan suami isteri kekadang ada pasang dan ada surutnya. Walau seteruk mana pun hubungan kami suami isteri, sayang kami pada anak anak tidak berbelah bahagi.
Biarpun aku garang... atau abah mereka garang... bila tiada kami... mesti mereka telefon... bertanya nak balik pukul berapa.
Bila aku bergaduh, walau sebesar mana pun, anak anak tetap tidak mahu kami berpisah. Mereka tetapi tidak mahu memilih utk tinggal dengan salah seorang.
Kami masing masing ada kelebihan. Ehhh... bukan kami. Tapi itu memang kelebihan sebagai ibu dan bapa.
Sebagai bapa kepada anak anak aku, suami aku seorang yang sangat sayangkan anaknya. Belikan apa yang dia mampu untuk membahagiakan anak anak. Untuk menggembirakan hati mereka. Biarpun pada saat dia tak banyak duit.
Aku tahu, hubby kekadang tak makan kat opis. Sama dengan aku.
Aku tahu, hubby tak membeli sangat barang keperluan sendiri, sebab nak belikan mainan untuk anak... sama macam aku.
Aku tahu, hubby rindu kat anak anak dia bila dia outstation... sama la macam aku.
Sebab tu, bila dia balik dari outstation... tempat pertama dia jengok adalah bilik anak anak ! Wajah anak anak yang ingin dia tatap.
Suara pertama yang ingin dia dengar adalah suara anak, biarpun saat anak dah tidor.
Dan aku juga tahu, dia bahagia dengan keadaan tu.
Sebab tu, bila aku dengar kereta hubby masuk laman, aku suruh anak anak tinggalkan gajet mereka dan sambut abah mereka.
Aku tahu, hubby sangat sangat sayangkan anaknya. Pedih hatinya bila memukul anak... sama seperti pedihnya hati aku bila aku mencubit anak... untuk mengajar mereka.
Alangkah bahagianya dapat berkongsi benda yang sama dalam berkasih sayang... kan ???
Bahagia melihat anak anak gembira... bermain bersama !
No comments:
Post a Comment