Adik Mie, Dik Mi gitu la kami panggil anak bongsu ni. Masih manja. Masih suka merajuk dan buat perangai. Dah darjah satu. Kekadang baju dia aku bagi baju atau seluar abang dia. Besar skit... dia merungut.
Kataku, "Sebab tu adik kena makan banyak, adik kena besar. Sekarang ni adik sorang jer yang kecik!". Hahahaha... kesian dia...
Agaknya samada memang dia nak cepat membesar atau memang itu sikapnya, dia, memang makan banyak skit dari abang dia. Tapi dia masih tidak juga lebih besar dari abang dan kakak dia... hahahaha... gelakkan dia !
Dia masih kecik, jadi dialah tempat aku bergurau, gigit gigit... dan dukung dukung lagi. Memang la Kak Ya dia nak minta aku dukung jugak... huhuhu... tak larat aku nak dukung... Kak Ya dia tinggi. Makan tak banyak, tapi besarnya cepat !
Aku selalu panggil Adik Mi mendekat, dan baringkan dia atas riba... dan buat pertanyaan pada dia...
"Adik Mie anak siapa ?"
"Dik Mi anak mama"
"Bukan anak abah ?"
"Adik Mie anak semua... anak mama, anak abah, anak kakak, anak abang, anak kak ya... "
"Ohhh..."
Aku terdiam... tak tanya selanjutnya... hahaha... padan muka aku !
Pernah sekali, perbualan di meja makan kami, mereka bertanyakan sejarah kelahiran mereka. Abang keluarkan isu...
"Bukan ker kakak anak orang lain ?"
Aku pun tak tau dari mana dia dapat idea ni. Aku pandang kakak. Kakak senyap.
"Memang la... abang pun anak orang jugak. Mama jumpa kat tepi jalan, Adik mi mama jumpa tepi longkang... kak ya mama jumpa tepi tong sampah !"
"Ha... betul betul..." , kakak menyampuk.
"Kakak ?"
"Mama jumpa bawah pokok !"
Hahahaha... abis satu topik.
Baru baru ni, aku nak mengena Adik Mie...
"Adik Mie anak siapa ?"
"Anak mama... anak abah..."
"Adik mie tau dak, adik mie ni bukan anak mama?"
"Abis tu, adik mie anak siapa ?"
"Adik mi anak angkat mama jer. Adik mi sedih dak ?", dia diam. Tak ada pulak riak sedih ker apa ker. Aku membayangkan wajah Kakak waktu ni semasa dia mula tahu dia bukan anak kami.
"Adik mi nak tau Adik Mi anak siapa ?", aku melihat mata Najmi yang bercahaya.... agaknya nak tertipu la tu.
"Adik mie ni anak Rajen"
"Mama tipuuuuu....". Hahahaha... dia membantah dalam ketidakpastian.
"Adik Mie mana sama dengan mama... Mama putih skit. Adik Mie tu kaler sama dengan Rajen. Masa dia miskin, dia bagi Adik Mie kat mama", kata aku meyakinkan dia.
"Adik sama dengan abang !", dia menafikan lagi.
"Abang putih skit. Abang tu anak uncle jual paper tu !". Dia terdiam.
"Sebab tu adik mie suka makan keropok... nanti mama pulangkan
adik mie kat kedai Rajen, adik mie boleh makan keropok tiap tiap hari."
"Tak mau... adik mie tak suka keropok dah..."
"Adik Mie kan suka kirim mama beli roti. Sebab Adik Mi anak kedai Rajen tu la... "
"Adik Mie tak mau kirim roti dah ! Adik Mie nak dok dengan mama."
"Betul ?"
"Kalau gitu, mama tak pulangkan. Nanti kalau adik mi nak makan keropok, mama pulangkan kat mama adik mie tu..."
"Siapa ?"
"Itu bini kedai Rajen tu la..."
Hahahaha.... adoii la...
sy tak suka melawak mcm tu ngn anak2 sbb sy igt mcm mana sedihnya saya bila mak bergurau mcm tu masa saya kecik2 dulu, kalau mak marah..sy selalu fikir yg saya ni anak angkat, dah sekolah menengah kot baru saya tahu yg saya anak kandung, hihi
ReplyDeleteso sy tak berani buat camtu kat anak2 saya ;)
Selalunya akak gurau dengan mereka... akak suka gigit tangan mereka (habit... dan sedap !)
DeleteMereka tanya kenapa... akak jawab "Sebab anak mama... kalau anak orang lain, mama tak boleh gigit"
Hehehe...
Ada juga keadaan... gambar gambar mereka semasa dihospital... dan pernah juga cerita hal sebenar... kak ya tu keluar ikut perut... ada kesan parut... (yang lain keluar ikut mulut ! Hahaha).
Tapi, abang dah tahu dah... mereka keluar ikut tut... huhuhu... adoiii la...
Selalu juga Kak Ya kena marah, tapi selalu diingatkan, mama sayang kak ya...
Dun worry... mungkin tidak terjejas kot fikiran mereka...
Kita ibu ibu moden ni susah nak berkeras macam zaman dulu