Semalam pagi, Adik Mie sakit perut. Aku suruh dia baring dan aku sapukan minyak Kemudian dia cakap dia nak pi toilet... lepas masuk toilet... dia cakap dia pedih tang tut...
Hahaha... siap aku selak tengok... bimbang la kot berdarah ker sakit ker apa...
Tengok ok jer...
Adik Mie pun pegi sekolah dengan abang dia ... naik keter abah mereka.
Tinggal Kak Ya dan Kakak dengan aku.
Kak Ya mula buat muka sakit perut. Aku suruh dia pi toilet dia tak mau. Aku sapu minyak pun, dia masih macam tu...
Hmmm...
Mula la nih...
Sampai sekolah, dia tak mau turun. Aku tahan sabar sangat sangat sangat !!!
Sampai ilang sabar skit skit... aku cubit jugak peha dia. Aku pegi pejabat, punch dan balik rumah semula hantar dia.
Sabor jer la.
Pagi tadi, kejut dia tidor, dia dah start buat perangai... aduh aduh aduh... sabor lagi...
Lepas aku solat subuh, dengar dia siap mandi dan menangis. Tanya adik beradik dia, siapa yang buat dia. Mereka semua tak tahu. Hmmmm... nampaknya sabar aku diuji lagi...
Memang sangat sangat menguji sabar aku. Hubby sengeh sengeh suruh aku sabar. Bila aku marah naik hantu, hubby marah aku sebab anak bising menangis. Aku apa lagi, pekup mulut dia semasa aku nak pakaikan baju dia. Hubby masuk, kononnya marah marahkan aku.
Tak per ... tak per...
Dia marah, suruh siap cepat dan nak tinggalkan anak pada aku sapa yang lambat.
Aku marah, sebab dia nak pass tanggungjawab dia pada aku.
Kami bergaduh kecil... sebab aku tak mahu dia lepas tangan macam tu... aku katakan, kalau dia nak tinggal separuh separuh, semua tak payah... semua naik dengan aku... biarkan dia pergi sorang sorang kalau nak cepat sangat... hehehe...
Nampaknya hubby tak bergerak dan tunggu jugak anak anak dia... sampai la semuanya naik kereta ... pada waktu matahari pagi malu malu menjengah diri.
Biasanya dia bergerak pada waktu kita nak kira jari kaki pun tak nampak !
Amalia pergi juga selepas salam cium tangan aku. Aku gosok kepala Amalia dan suruh dia belajar pandai pandai. Rasa nak menitik air mata nih... Arhhh... aku bukan ibu yang terlalu kejam...
Lepas seketika, telefon berdering !
Aku dah agak !
Hubby marah marah... katanya Amalia tak mau turun.
Rasa nak gelak pun ada. Aku cakap... sabar jer la. Tadi pandai cakap, now tau la rasanya.
Aku siap cepat cepat, dan call hubby semula keadaan Amalia. Katanya dia hantar dah ke sekolah selepas bagi penampar sedas dua.
Aku tanya, kat mana dia tampar ? Dia tak mau beritahu...
Note : Bila ingatkan ini pun... aku rasa nak nangis...
Aku terus call cikgu dia. Ceritakan situasi anak dan minta dia tengokkan Amalia. Amalia ada cakap, budak nama Nazrin suka gaduh dengan dia... dan yang nama Erika suka ambil pensel dia. Cikgu tanya, kenapa tak bagi tahu kat dia ? Aku dah cakap, benda ni tahun lepas lagi, dah maklum pada cikgu... tak apa la... sebab aku cakap aku tak kan nak pi sekolah marah budak budak tu. Dia kata, tak apa, lapor pada cikgu jer (sebenarnya ini aku dah buat pun sebelum sebelum ni, nampaknya berulang lagi !)
Kemudian, tadi, cikgu msg kata dia dah jengok Amalia, dan kebetulan masa dia jengok ada budak yang sedang usik dia. Budak tu pun kena marah dah...
Adoiii la... Apa budak budak oiii... jangan la buli anak makcik nih ! Siap dah tahun lepas aku cakap dengan mereka gitu ! Siap buat muka garang lagi... jangan usik dia. Tak makan saman nampaknya budak budak tu...
Sebentar tadi, hubby call, dia kata dia nak bawak jugak anak berkelah...
Aku tahu, hubby ada rasa bersalah... HAHAHA... kelakar kami nih.
Hubby cakap, lepas dia hantar tadi, Kak Ya siap lambai lambai dia.... itu yang buat dia sedih dan rasa bersalah.
Jadi, petang ni kami akan ke http://www.mdbalingtourism.gov.my/legong/index.html buat sekian kalinya...
Tamat !
Bersambung la nanti dengan gambar kami kat sana... yang buat orang muntah lagi...
mmg menguji sgt kalau buat perangai pepagi
ReplyDeletesib baik tahun ni takde yg buat perangai
tak sabar tunggu si kecik tadika tahun depan. mcm mana agaknya ye
Harap harap tak ada la macam ni...
DeleteYer la... setiap orang diuji... kan Irfa dah diuji benda lain... jadi... mungkin ini bukan ujian irfa...