Search This Blog

Tuesday, June 24, 2014

Permata hati kami...

Hubungan suami isteri kekadang ada pasang dan ada surutnya.  Walau seteruk mana pun hubungan kami suami isteri, sayang kami pada anak anak tidak berbelah bahagi.

Biarpun aku garang... atau abah mereka garang... bila tiada kami... mesti mereka telefon... bertanya nak balik pukul berapa.

Bila aku bergaduh, walau sebesar mana pun, anak anak tetap tidak mahu kami berpisah.  Mereka tetapi tidak mahu memilih utk tinggal dengan salah seorang.

Kami masing masing ada kelebihan.  Ehhh... bukan kami.  Tapi itu memang kelebihan sebagai ibu dan bapa.

Sebagai bapa kepada anak anak aku, suami aku seorang yang sangat sayangkan anaknya.  Belikan apa yang dia mampu untuk membahagiakan anak anak.  Untuk menggembirakan hati mereka.  Biarpun pada saat dia tak banyak duit.

Aku tahu, hubby kekadang tak makan kat opis.  Sama dengan aku.

Aku tahu, hubby tak membeli sangat barang keperluan sendiri, sebab nak belikan mainan untuk anak... sama macam aku.

Aku tahu, hubby rindu kat anak anak dia bila dia outstation... sama la macam aku.

Sebab tu, bila dia balik dari outstation... tempat pertama dia jengok adalah bilik anak anak !   Wajah anak anak yang ingin dia tatap.

Suara pertama yang ingin dia dengar adalah suara anak, biarpun saat anak dah tidor.

Dan aku juga tahu, dia bahagia dengan keadaan tu.

Sebab tu, bila aku dengar kereta hubby masuk laman, aku suruh anak anak tinggalkan gajet mereka dan sambut abah mereka.

Aku tahu, hubby sangat sangat sayangkan anaknya.  Pedih hatinya bila memukul anak... sama seperti pedihnya hati aku bila aku mencubit anak... untuk mengajar mereka.

Alangkah bahagianya dapat berkongsi benda yang sama dalam berkasih sayang... kan ???

Bahagia melihat anak anak gembira... bermain bersama !




Anakku sayang... permata hatiku.

Adik Mie, Dik Mi gitu la kami panggil anak bongsu ni.  Masih manja.  Masih suka merajuk dan buat perangai.  Dah darjah satu.  Kekadang baju dia aku bagi baju atau seluar abang dia.  Besar skit... dia merungut.

Kataku, "Sebab tu adik kena makan banyak, adik kena besar.  Sekarang ni adik sorang jer yang kecik!".  Hahahaha... kesian dia...

Agaknya samada memang dia nak cepat membesar atau memang itu sikapnya, dia, memang makan banyak skit dari abang dia.  Tapi dia masih tidak juga lebih besar dari abang dan kakak dia... hahahaha... gelakkan dia !

Dia masih kecik, jadi dialah tempat aku bergurau, gigit gigit... dan dukung dukung lagi.  Memang la Kak Ya dia nak minta aku dukung jugak... huhuhu... tak larat aku nak dukung... Kak Ya dia tinggi.  Makan tak banyak, tapi besarnya cepat !

Aku selalu panggil Adik Mi mendekat, dan baringkan dia atas riba... dan buat pertanyaan pada dia...

"Adik Mie anak siapa ?"

"Dik Mi anak mama"

"Bukan anak abah ?"

"Adik Mie anak semua... anak mama, anak abah, anak kakak, anak abang, anak kak ya... "


"Ohhh..."



Aku terdiam... tak tanya selanjutnya... hahaha... padan muka aku !



Pernah sekali, perbualan di meja makan kami, mereka bertanyakan sejarah kelahiran mereka.  Abang keluarkan isu...

"Bukan ker kakak anak orang lain ?"

Aku pun tak tau dari mana dia dapat idea ni.  Aku pandang kakak.  Kakak senyap.

"Memang la... abang pun anak orang jugak.  Mama jumpa kat tepi jalan,  Adik mi mama jumpa tepi longkang... kak ya mama jumpa tepi tong sampah !"

"Ha... betul betul..." , kakak menyampuk.

"Kakak ?"

"Mama jumpa bawah pokok !"

Hahahaha... abis satu topik.

Baru baru ni, aku nak mengena Adik Mie...


"Adik Mie anak siapa ?"

"Anak mama... anak abah..."


"Adik mie tau dak, adik mie ni bukan anak mama?"


"Abis tu, adik mie anak siapa ?"


"Adik mi anak angkat mama jer.  Adik mi sedih dak ?", dia diam.  Tak ada pulak riak sedih ker apa ker.  Aku membayangkan wajah Kakak waktu ni semasa dia mula tahu dia bukan anak kami.

"Adik mi nak tau Adik Mi anak siapa ?",
aku melihat mata Najmi yang bercahaya.... agaknya nak tertipu la tu.


"Adik mie ni anak Rajen"

"Mama tipuuuuu....". 
Hahahaha... dia membantah dalam ketidakpastian.


"Adik Mie mana sama dengan mama... Mama putih skit.  Adik Mie tu kaler sama dengan Rajen.  Masa dia miskin, dia bagi Adik Mie kat mama", kata aku meyakinkan dia.


"Adik sama dengan abang !", dia menafikan lagi.


"Abang putih skit.  Abang tu anak uncle jual paper tu !".  Dia terdiam.

"Sebab tu adik mie suka makan keropok... nanti mama pulangkan adik mie kat kedai Rajen, adik mie boleh makan keropok tiap tiap hari."


"Tak mau... adik mie tak suka keropok dah..."

"Adik Mie kan suka kirim mama beli roti.  Sebab Adik Mi anak kedai Rajen tu la... "

"Adik Mie tak mau kirim roti dah !  Adik Mie nak dok dengan mama."


"Betul ?"

"Kalau gitu, mama tak p
ulangkan. Nanti kalau adik mi nak makan keropok, mama pulangkan kat mama adik mie tu..."


"Siapa ?"


"Itu bini kedai Rajen tu la..."


Hahahaha.... adoii la...




Monday, June 23, 2014

Kami dan kucing...



http://norizawani.blogspot.com/2013/12/kucing.html



Hidup kami dari anak aku belum dilahirkan lagi memang dikelilingi oleh kucing.  Hubby suka bela kucing.

Masa maid aku ada, dia suka juga bela kucing... hinggakan kucing kami sampai berbelas belas ekor... sihat dan besar.  Sehingga satu masa, tinggal satu jer kucing.  Yang lain mati kena penyakit hawar.

Anak anak, tambahan lagi Ika sedih menangis waktu kuburkan mereka satu persatu...

Dari seekor tu, dia beranak lagi... dan dapat 4 ekor.  Tapi datang pula penyakit apa tah, kulit kucing ini abis jadi menggerutu dan gatal.  Kami taruk ubat.  Tetapi seekor tewas.

Tinggal la 3 ekor kucing ini sahaja.  Semua kucing ini ekornya sangat kembang.  Tiap hari kami beri makan makanan kucing.

Semasa di Legong baru baru ini, aku lihat banyak kucing berkeliaran.  Pagi waktu kami nak keluar, aku gaulkan nasi dan ikan lebihan kami utk beri pada kucing.  Tapi, tak ada pula kucing pagi tu.  Agaknya mereka kekenyangan malam tu dijamu oleh pengunjung kolam.

Tapi, aku gaulkan juga, dan memanggil manggil kucing lain...

Meowwww.... meowww... aku ajuk suara kucing.

Ada suara kucing yang menyahut...

Kelihatan anak kucing.  Aku panggil dia tak datang.  Aku pi dekat, aku dukung dan berikan nasi padanya.

Aku masih mendengar satu lagi suara kucing, tetapi antara dengar dan tidak.  Sayuppp saja suaranya.  Aku suruh kakak lihat sekitar, mungkin di tingkat atas atau di mana mana.  Tak ada...

Last last, aku cuba lekapkan telinga pada satu pintu stor bawah tangga.

Meowww... meowwww.... aku panggil.

Dengar suara dari luar... sayup saja...

Aku agak, ada kucing dalam stor tu.

Aku cuba buka... dua tiga kali aku cuba, tak berjaya.

Kemudian, aku laporkan pada petugas, minta mereka buka pintu tu.

Aku kembali semula... dan aku dengar suara kucing makin jelas... mengiau...

Aku cuba membuka sekali lagi... TUP... boleh pulak bukak !  Cis...

Kelihatan seekor kucing yang dah kurus keluar.  Aku tak tau berapa lama dia dok kat dalam tu, tapi perut dia sangat kempis.  Jalan pun pelan pelan jer bila aku panggil.

Lepas tu, aku arahkan dia pegi kat tempat aku letak nasi bersama dengan anak kucing.  Dari segi rupa, aku rasa anak kucing yang mula mula aku jumpa tu mungkin anak kepada kucing ni.

Hmmm... kesian... 


Isk.. bila baca cerita pasal Firdaus Dullah tu...  macam macam la tempat... tanya pakcik gugel jer, dapat semua... salah satunya kat sini  http://www.ammboi.com/2014/06/22/6-foto-muhammad-firdaus-dullah-remaja-oku-dikurung-ibu-di-taman-semarak-nilai/

Sakit hati kan ???

Adeh adeh adeh... sakit jantung aku dua tiga hari nih...

p/s : Selain dari kucing biasa kat atas tu, kami ada sekor kucing parsi !

Berkelah di Air Panas Ulu Legong... lagi !

Antara gambar gambar yang sempat di ambil di Air Panas Ulu Legong kali ini...

Utk lihat full cerita Ulu Legong yang lepas, boleh ke sini :







    Thursday, June 19, 2014

    Sayang anakku sayang...

    Semalam pagi, Adik Mie sakit perut.  Aku suruh dia baring dan aku sapukan minyak Kemudian dia cakap dia nak pi toilet... lepas masuk toilet... dia cakap dia pedih tang tut...

    Hahaha... siap aku selak tengok... bimbang la kot berdarah ker sakit ker apa...

    Tengok ok jer...

    Adik Mie pun pegi sekolah  dengan abang dia ... naik keter abah mereka.

    Tinggal Kak Ya dan Kakak dengan aku.

    Kak Ya mula buat muka sakit perut.  Aku suruh dia pi toilet dia tak mau.  Aku sapu minyak pun, dia masih macam tu...

    Hmmm...

    Mula la nih...

    Sampai sekolah, dia tak mau turun.  Aku tahan sabar sangat sangat sangat !!!

    Sampai ilang sabar skit skit... aku cubit jugak peha dia.  Aku pegi pejabat, punch dan balik rumah semula hantar dia.

    Sabor jer la.

    Pagi tadi, kejut dia tidor, dia dah start buat perangai... aduh aduh aduh... sabor lagi...

    Lepas aku solat subuh, dengar dia siap mandi dan menangis.  Tanya adik beradik dia, siapa yang buat dia.  Mereka semua tak tahu.  Hmmmm... nampaknya sabar aku diuji lagi...

    Memang sangat sangat menguji sabar aku.  Hubby sengeh sengeh suruh aku sabar.  Bila aku marah naik hantu, hubby marah aku sebab anak bising menangis.  Aku apa lagi, pekup mulut dia semasa aku nak pakaikan baju dia.  Hubby masuk, kononnya marah marahkan aku.

    Tak per ... tak per...

    Dia marah, suruh siap cepat dan nak tinggalkan anak pada aku sapa yang lambat.

    Aku marah, sebab dia nak pass tanggungjawab dia pada aku.

    Kami bergaduh kecil... sebab aku tak mahu dia lepas tangan macam tu... aku katakan, kalau dia nak tinggal separuh separuh, semua tak payah... semua naik dengan aku... biarkan dia pergi sorang sorang kalau nak cepat sangat... hehehe...


    Nampaknya hubby tak bergerak dan tunggu jugak anak anak dia... sampai la semuanya naik kereta ... pada waktu matahari pagi malu malu menjengah diri.

    Biasanya dia bergerak pada waktu kita nak kira jari kaki pun tak nampak !

    Amalia pergi juga selepas salam cium tangan aku.  Aku gosok kepala Amalia dan suruh dia belajar pandai pandai. Rasa nak menitik air mata nih... Arhhh... aku bukan ibu yang terlalu kejam...

    Lepas seketika, telefon berdering !

    Aku dah agak !

    Hubby marah marah... katanya Amalia tak mau turun. 

    Rasa nak gelak pun ada.  Aku cakap... sabar jer la.  Tadi pandai cakap, now tau la rasanya.

    Aku siap cepat cepat, dan call hubby semula keadaan Amalia.  Katanya dia hantar dah ke sekolah selepas bagi penampar sedas dua.

    Aku tanya, kat mana dia tampar ?  Dia tak mau beritahu...

    Note : Bila ingatkan ini pun... aku rasa nak nangis...

    Aku terus call cikgu dia.  Ceritakan situasi anak dan minta dia tengokkan Amalia.  Amalia ada cakap, budak nama Nazrin suka gaduh dengan dia... dan yang nama Erika suka ambil pensel dia.  Cikgu tanya, kenapa tak bagi tahu kat dia ? Aku dah cakap, benda ni tahun lepas lagi, dah maklum pada cikgu... tak apa la... sebab aku cakap aku tak kan nak pi sekolah marah budak budak tu.  Dia kata, tak apa, lapor pada cikgu jer (sebenarnya ini aku dah buat pun sebelum sebelum ni, nampaknya berulang lagi !)

    Kemudian,  tadi, cikgu msg kata dia dah jengok Amalia, dan kebetulan masa dia jengok ada budak yang sedang usik dia.  Budak tu pun kena marah dah...

    Adoiii la...  Apa budak budak oiii... jangan la buli anak makcik nih !  Siap dah tahun lepas aku cakap dengan mereka gitu !  Siap buat muka garang lagi... jangan usik dia.  Tak makan saman nampaknya budak budak tu...


    Sebentar tadi, hubby call, dia kata dia nak bawak jugak anak berkelah...

    Aku tahu, hubby ada rasa bersalah... HAHAHA... kelakar kami nih.

    Hubby cakap, lepas dia hantar tadi, Kak Ya siap lambai lambai dia.... itu yang buat dia sedih dan rasa bersalah.

    Jadi, petang ni kami akan ke http://www.mdbalingtourism.gov.my/legong/index.html buat sekian kalinya...

    Tamat !


    Bersambung la nanti dengan gambar kami kat sana... yang buat orang muntah lagi...


    Tuesday, June 17, 2014

    Lama tak menembak...

    Nikon aku tu dah bersawang dah... jadi... sempena nak ngabiskan cuti sekolah, kami jenjalan la sambil bergaya gaya macam retis... hahahaha

    Jangan muntah sudah !











    Sunday, June 15, 2014

    Gua kelam




    Kelam sungguh... sebab letrik tak ada... dan kami pun tak bley masuk..

    Adik mie, kita tak leh masuk la...
    Kenapa ?
    Sebab letrik tak ada... gelap dalam sana
    Kenapa kita tak bawak lampu ?
    Kalau kita bawa lampu pun, mana boleh masuk, dia kunci pagar tu...

    Adeh adeh adeh... sian anakku... dari masa mandi lagi nak masuk gua... muncung sorang sorang..