Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 4, 2016

Tetamu yang bawa rezeki...

3 hari cuti.. sempena Maal Hijrah, rumah kami meriah dengan tetamu.  Mira dan keluarganya serta Ina dan suaminya datang bertandang.

Kami bawa mereka berjalan jalan tempat menarik di sini.  Nat pokok getah kat Perlis, Padang Besar,  Bukit Kayu Hitam dan dalam UUM.

Kami berphotoshot kat situ...


Saya dan suami...


Semua bergambar... kecuali Adik Mie yang sedang 'rajuk' kerana tak dibelikan bulu tangkis... ades !

Keluarga Mira.  Dua orang di sebelah kanan tu suami isteri yang telah lama berumah tangga tetapi tidak dikurniakan rezeki anak.  Walaubagaimana pun, anak anak sedara sangat rapat dengan mereka, sehinggakan saya fikir dua orang budak lelaki itu adalah anak mereka, rupanya anak sedara.  Mereka sangat suka pada Kak Ya... dan minta untuk bawa Kak Ya berjalan jalan suatu hari nanti.  Hmmm... tiada masalah sebenarnya, cuma tak tahu macam mana penerimaan Kak Ya. 

Waktu saya makan, Abang bertanya, apa perbezaan antara ibu tiri dengan ibu angkat.  Masa tu saya tidak tahu kenapa dia bertanya, rupanya sebab kak Nab nak jadikan Kak Ya anak angkat.  

Saya respek pada mereka... masih hidup dengan kasih sayang... tentu cinta mereka mengatasi kekurangan yang mereka ada.

Ini Ina dan suami.  Anak anak panggil Mak Ngah Ina dan Pak Ngah.  Pak Ngah mereka ni sangat rapat dengan diorang bertiga nih, sampaikan macam keluarga bahagia pula mereka dalam gambar...
Yer... mereka juga belum dikurniakan anak setelah beberapa tahun kawin.  Insya-Allah suatu hari nanti mereka akan dapat juga... kita doakan.

Free style... hahahaha...
Saya ?  Saya jadi jurufoto... hehehehe...

 

No comments:

Post a Comment