Dua kuali Tefal yang order tu dah sampai. 7 hari jugak la.
Dah try guna. Memang sangat best. Tak sabar nak buat pancake. Pagi tadi goreng telur. Wahhh... memang best dan kagum. Licin jer dia meluncur masuk pinggan... tak macam kuali kuali saya lain.... Hahahaha... nampak benar JAKUN !
Saya bukan nak citer pasal piuk kuali tu ... itu sampingan saja. Saya nak luahkan rasa hati jer...
Hmmm... tak tau macam mana nak mulakan.
Adakah pengharapan saya terlalu tinggi ? Boleh tak saya hidup terus begini ? Boleh tak saya saya terima saja apa apa tanpa bising mengeluh atau memberontak. Saya sedang tawar hati. Saya tak tahu bagaimana saya nak mulakan semula atau nak teruskan seperti biasa.
Kebelakangan ini, saya rasa suami saya sentiasa cari salah saya. Saya rasa dia seperti tidak kenal siapa saya. Saya rasa seperti down saja.
Di rumah, sekarang saya lebih banyak diam. Kalau saya bercakap, hanya perkara berkaitan dengan anak atau bila dia bertanya. Hmmm... saya memang kecewa dengan sikap dia.
Saya harus muhasabah diri saya. Saya punya suami yang tak merokok, yang tak suka berjalan malam, yang rajin bekerja, yang sayang anak anaknya, yang sembahyang tak tinggal, yang sihat dan sakit sesekali, yang selalu mengalah dengan saya...
Cuma ada beberapa yang saya kurang tahan... hmmm... salah satunya sikap panas baran dan egonya.
Hmmm... ramai lelaki ada sikap macam tu kan ?
Isteri kena sabar... kan ?
Mungkin ada sikap saya yang dia tak suka, tapi dia diamkan saja... kan ?
Hmmm...
Sabar saja la...
Pagi Jumaat tu, seperti biasa, suami bangun awal dan belikan kuih dan nasi lemak buat sarapan anak anak sebelum dia pergi kerja. Sewaktu suami di luar, saya menjengok di pintu sahaja, dan bersuara,
"Abang, saya masa lewat skit yer. Kalau masak awal, nanti makanan yang abang beli tak abis, terbuang saja"
Saya lihat suami saya menyinga.
"Suruh anak makan, jangan pilih pilih makan". Saya tidak faham. Kenapa dia marah. Tapi saya jawab, "Kalau abang ada kat rumah, abang suruh la. Diorang memang macam tu"
Dia masih marah marah.
"Kenapa abang marah ?", saya bertanya kerana rasa tidak sedap hati.
"Orang pagi pagi lagi keluar rumah beli makanan, dia senang saja nak buang"
Saya rasa nak garu kepala yang tak gatal. Bila la pula saya nak buang makanan yang dia beli ?
"Bila masa saya nak buang, saya cakap saya nak masak lewat skit, sebab bimbang makanan yang abang beli tu diorang tak makan !"
Dia berkeras mengatakan yang saya nak buang makanan yang dia beli.
Saya sangat sangat marah. Hilang habis kesabaran saya. Saya hentak kaki.
"Jangan cakap dah dengan saya !", terus saya masuk rumah.
Suami masuk semula rumah dan marah marah lagi, katanya saya tak hormat pada dia. Bila saya nak menerangkan perkara sebenar pun dia tak mau dengar.
"Ingat orang pekak ker ?", dia cakap begitu.
Terus saya cakap,
"Ya... abang pekak ! Orang cakap lain, abang faham lain."
Bla bla bla bla... panjang lebar la sampai la dia tendang kerusi sampai terbalik !
Hmmm... hilang abis sabar saya. Perlahan saya angkat kerusi dan susun semula barang dan diam. Dia keluar rumah. Terus saya perang dingin.
Esok esoknya dia balik kerja malam. Ketuk pintu sampai nak pecah, kami di bilik belakang 5 orang, tak perasan bunyi bising. Bila buka pintu, dia mengamuk katanya kami ni tak perihatin bla bla bla. Marah saya memuncak semula. Kalau dah orang tak dengar, kenapa tak gunakan telefon. Call saja, tak perlu ketuk pintu macam nak pecahkan pintu !
Wah... bila ingatkan pun saya rasa nak marah dengan sikap suami nih.
Saya tak tahu kenapa dia begitu.
Hmmm... kalaulah... isk... kalaulah....
Hmmm... tak baik la berkalau !!!
Dia dah hulurkan salam kelmarin... tapi hati saya sangat beku. Saya sambut salamnya tanpa rasa !
Sabar jer la hati !
Saya bimbang jika saya tidak kuat !