Search This Blog

Sunday, September 4, 2016

Red Valvet Kukus

Kelmarin buat kek utk Kak Ya.  Birthday kak Ya pada 6 September, tetapi, oleh kerana ada UPSR dan dia bercuti pada hari lahir dia, jadinya saya buatkan pada hari Sabtu untuk dia bawa ke sekolah hari Ahad (Kedah kan !)

Selain dari itu saya juga buatkan kek coklat dan kek snow cheese biasa (yang bakar).

Saya harap dia gembira bersama kawannya...

Dia jual pada kawan dia kek, RM1.50.  Kawannya dah marah marah sebab dia tak bawa kek.  Patut pun dia mengamuk suruh saya masak kek cheese, rupanya dia berjanji dengan kawan dia.  Aduhai...

Dah la harga RM1.50... huhuhu... sabor jer la... bekas plastik ni pun harga 29sen...

Tidak la saya marah dia jual murah tu, tapi saya rasa terkilan sebab budak tu marah marah dia kerana dia lambat bagi kek... dan lagi satu... dia dah bawa hari Khamis tu, tapi budak tu plak cuti sebab demam.  Huhuhu... nasib badan !

Entah la, samada kawan dia datang atau tidak.  Kalau dia datang, saya harap dia dapat rasa.  Kalau tak, boleh la saya pulangkan saja duit mana mana yang dah berjanji dengan dia... ades ades... anakku !




RED VELVET CAKE  (kredit FB :Sapura Pua)

*Bahan A*:
1 cwn mnyak masak
 gula kastor
½ cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 sb cuka masakan
1 sk serbuk koko
Pewarna merah (agak2)
**satukan susu cair & cuka dlm bekas/cwn..biarkan 10 minit..adunan akan sedikit pekat..(adunan ni dikenali sebagai buttermilk)**

*Bahan B*:

2 biji telur ayam
Essen vanila

*Bahan C*:
1 ½ cwn tepung gandum/ tepung kek
1 sb baking powder
1 sb soda bikarbonat

*CARA-CARA*:

- Masukan semua Bahan A kedalam periuk dan masak menggunakan api perlahan..kacau sehingga gula betul2 larut..tutup api dan biarkan sejuk seketika..(pastikan susu dan cuka td disatukan terlebih dahulu sebelum dimasukan di dlm periuk)..pewarna tiada sukatan..lagi pekat lg cantik kek nnt..

-Pukul Bahan B sehingga berbuih dan kembang sedikit..( boleh guna whisk/blender/mixer )..kemudian masukan ke dlm adunan sambil kacau perlahan..

-Masukan pula Bahan C yg telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit sambil kacau..kacaw sehingga sebati..

-masukan di dlm bekas dan kukus selama 45 minit keatas utk bekas besar atau 15 minit (utk bekas kecil)..pastikan pengukus telah dipanaskan dahulu..masak dgn api sederhana..

**Jika nak ubah warna just masukan warna pilihan masing2

*CREAM CHEESE*: Topping

250 tatura cheese
6 sudu besar susu pekat
¾ susu cair (dlm tin)

*Cara-Cara*:
Campurkan semua bahan dan mixed sehingga sebati



No comments:

Post a Comment