Search This Blog

Monday, September 26, 2016

Selamat hari lahir Abang

Abang,

Tahun 2004, kita baru pindah ke Taman Resak.  Tak ramai orang lagi.  Bila petang, mama dengan Kakak bermain di taman berdua.  Kebanyakan rumah masih gelap.  Hanya ada beberapa buah sahaja berpenghuni.  Taman yang menakutkan.  Pernah suatu hari, kakak menangis menjerit mengatakan nampak sesuatu di siling rumah.  Mama juga ketakutan, menumpang berani pada abah sambil memeluk erat Kakak.  Mana Abang ? Abang masih dalam perut... dalam 4 bulan gitu.


Lama kemudian, jiran semakin bertambah.  Suka lihat jiran jiran yang sangat mesra.


Agaknya hantu dah tak ada bila orang makin ramai.


Pernah suatu malam, mama sakit perut, mama dibawa ke hospital oleh jiran kita.  Makcik Ros namanya. Masa tu mama hampir nak berguling sakit, sebab tu mereka kesian dan hantar mama ke hospital tanpa menunggu abah balik (dari bermain badminton... huhuhu..)


Pada waktu itu juga, doktor jangkakan anak mama nanti adalah perempuan.  Jadi, banyak la nama nama perempuan yang mama simpan.


Waktu mama tunggu hari bersalin, abah perlu outstation ke Taiping.  Mama terpaksa menumpang di rumah Pok De di Bukit Kayu Hitam.


Bila mama sakit perut, Pok De pun tak ada kat rumah.  Jadi, mama dihantar oleh jiran Mok De... budak budak baru dapat lesen jer yang drive... takut juga mama... tapi tak ada pilihan...


Sampai kat hospital, mama masuk wad bersalin, dan tungu masa bersalin.  Sakit perut dan sakit belakang tu hanya Tuhan yang tahu.  Mama mesej abah suruh balik cepat.  Mama rasa macam nak suruh keluarkan abang dengan segera.  Sakitnya tak tahan betul.  Berulang kali mama masuk tandas... dan berulang kali mama berjalan jalan untuk hilangkan sakit.


Sehingga ke pagi mama terpaksa tahan sakit.

Bila waktu hampir subuh, akhirnya abang lahir.  Pada hari ini 12 tahun lepas (26 September, 2004)

Selamat hari lahir Abang

Semoga abang jadi anak mama yang bertanggung jawab, soleh, baik, pandai dan berdikari serta mengasihi keluarga.


Mama harap abang bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.


Oleh kerana abang lahir sebagai lelaki (tidak seperti yang doktor jangkakan), jadi, nama abang kami ambil dalam keadaan tergesa gesa.  Seminggu.  Izzat adalah nama yang Mok Teh cadangkan.  Hakimi adalah nama yang mama suka ... sebab mama nak abang jadi orang yang adil dan bijaksana.


Jadi, mama minta abah letak nama Nor Izzat Hakimi Bin Nor Rizuan.

Sampai di Pejabat Pedaftaran,  kerani kat situ suruh tukar kepada Nur plak. Abah pun ikut.


Itu la sejarah kelahiran abang dan bagaimana dapat nama abang.



No comments:

Post a Comment