Search This Blog

Loading...

Saturday, March 26, 2016

Pembantu harian...

Tadi lepas tengok movie layan anak anak, singgah beli barang letrik. Lama dah dok teringin, ni baru dapat.
Vakum ni boleh buat vakum kereta sekali.

Macam Ochobot dah... kena recharge bila tak guna... ekekeke...Kita kena letak kat sini saja bila tak guna... dia akan otomatik padam lampu kalau penuh dan dia otomatik tak charge.  Senang kita nak guna, terus amik.  Kalau balik kg berhari hari, better off la plug dia tu...

Harganya RM689.00 .... murah ker mahal ? Entah la.  Warranty setahun.

Ini la part part dia... boleh cabut cabut utk vakum kat dalam keter.  Dia pakai bateri sahaja. 

Electrolux Vacuum ZB3114AK

Ini spec penuh.  Ada satu lagi yang rupanya sebijik, tetapi lebih murah kerana voltan lebih kecil.  Harga yang satu lagi dalam RM570.00 dengan voltan 14 lebih kut (tak ingat).  Beza skit sahaja antara dua model tu.  15 minit sahaja lebih masa memvakum.  Bunyi tak bising sangat.  Tapi kuasa sedutan kurang la daripada sedutan jenis yang  harga RM3K tu... hehehe...

Kakak nak kaler yang ini... yang satu lagi kaler lebih terang.  Lagi satu, kakak la minta sangat beli vakum macam ni... nak korea la katakan... hahaha...


Ini pembantu lama saya... errr... masih berkhidmat dengan cemerlang.  Pepagi tak perlu bersusah payah sangat iron baju kekanak dan sendiri yang berlambak tu.  Memang masa mengiron lebih jimat kerana steam dia tu boleh cover sampai ke bahagian satu lagi bila mengiron.  

Kekurangan, masih bahaya utk kekanak mengiron sendiri... sebab steam dia panas takut kena tangan anak.  Jadi, tugas ini masih perlu dibuat oleh orang dewasa/remaja.  Tunggu mereka remaja skit lagi, baru mereka perlu buat sendiri.




 

No comments:

Post a Comment