Search This Blog

Loading...

Thursday, March 10, 2016

Gerhana matahari...

Semalam gerhana matahari.

Anak anak excited bawa sejadah atas arahan cikgu.  Masing masing excited nak tau apa itu gerhana matahari.

Balik dari sekolah, riuh rendah anak anak bercerita dalam kereta.

Anak saya si Najmi tu bercerita...

"Gerhana matahari tu sebenarnya matahari warna hijau", hujahnya.  Pening saya.

"Abang, apa yang abang tengok ?", saya bertanya pada abangnya, Hakimi.  Abang diam.
"Apa yang adik merepek ni ?", saya tanya abang.

Hahaha lucu pula.

"Nak tengok gerhana, kena pakai topeng ?", sambung Najmi.  Oooo... baru saya terfikir, rupanya warna hijau tu asal dari warna penapis cahaya tu.

"Kita tak boleh tengok matahari kalau tak pakai topeng, nanti buta", sambung Najmi lagi.

Kelakar pula bila fikirkan bagaimana otak anak anak memproses data yang dilihat dan diberitahu.

"Warna hijau tu sebab topeng la Adik Mie", saya memberi penerangan.

"Matahari jadi bulan sabit", adik Mie beri penerangan lagi.

"Matahari matahari la... mana boleh jadi bulan sabit", abang menyanggah.

"Matahari sabit... ", saya beri cadangan, tetapi saya pun tak tahu samada betul atau tidak.

Abis la anak saya, nanti dia sebut matahari sabit... hahahaha...

Kak Ya dan Kakak saya tak ingat apa yang diceritakan sebab Adik Mie yang sangat excited kerana first time lihat/mengerti.


"Adik mie tahu tak,  bulan pun ada gerhana"

"Jadi bulan sabit "

"Bulan sabit tu biasa la..."

"Adik Mie tak pernah tengok pun"

"Dah adik Mie tak pernah keluar malam malam tengok bulan"
 "Nanti adik Mie tengok  la..."
"Gerhana bulan tu, dia warna merah !"

Saya beri penerangan...

"Gerhana Matahari ni sekali saja, nanti tak ada lagi.", kata adik Mie.

"Ada lagi ... tahun 2019 ", abang menyampuk.

Rasanya ada beberapa kali dah gerhana matahari, tak pasti anak anak tahu/ingat atau tidak.  Harap berjumpa lagi tahun 2019.  Tahun 2019 adik Mie darjah 6.  Harap makin 'cerdik' dan tak lagi 'telo'... hehehe...

Telo skit jer... anak bongsu la kata...

:)





No comments:

Post a Comment